Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain February 16, 2023 @ 11:10am

Persembahan Crosswalk Bersama Diva AA Tular, Meer Nash Cipta Kelainan Untuk Promosi MV ‘Kajima’

Penyanyi Meer Nash tampil mencipta kelainan dalam mempromosikan musik video lagunya yang berjudul Kajima selepas mendapat sambutan daripada pendengar, sejak September lalu.

Selain muzik video dan beberapa aktiviti promosi lain, Meer Nash turut tampil menerusi satu idea segar dengan membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat berhadapan Menara KLCC, beberapa bulan yang lalu.

Biarpun tampil dengan idea yang sememangnya berbeza, persembahan tersebut berjaya direalisasikan dengan baik sekali gus menjadi tular di media sosial.

Menurut Meer Nash,  dia tak sangka lagu hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir itu terus menarik perhatian.

Malah, dia tidak takut untuk membawa kelainan dari segi mempromosikan lagu tersebut untuk membuktikan industri hiburan tanah air mempunyai pengaruh di mana sahaja.

“Idea membuat persembahan ‘crosswalk’ ini adalah inspirasi daripada James Corden ‘show’ iaitu James Corden Crosswalk Concert yang mana dia pernah buat dengan beberapa artis ternama. Jadi, kami ambil inspirasi dari situ.

“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas.

“Namun, di mana-mana saja boleh. Contoh, luar dari kotak adalah buat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Dalam masa sama, boleh menghiburkan mereka yang sedang tunggu lampu hijau.

“Bagi saya, ini sesuatu yang segar. Penyanyi lain tak buat, biar saya buat. Sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu lagu ini boleh mendengar secara langsung. Malah, ia membuatkan lagu ini lebih dekat dengan mereka,” katanya.

Dengan penampilan selebriti terkenal Azwan Ali atau Diva AA, penyanyi itu berpuas hati apabila persembahan ‘crosswalk’ tersebut semakin tular biarpun dibuat dalam masa yang singkat.

“Kita buat persembahan KAJIMA ‘crosswalk’ ini sebagai satu bentuk promosi lagu KAJIMA dan dalam masa sama mahu ia tular. Disebabkan itu, pasukan memilih Azwan Ali dan tidak menjangka ia betul-betul menjadi.

“Persembahan ini tak lama pun, sebab kita hanya nyanyi bahagian korus yang ‘catchy’. Biar ia mudah menangkap hati pendengar,” katanya.

Dalam pada itu, Meer Nash juga sempat berkongsikan mengenai kisah lagu ini yang ditujukan khas untuk bekas kekasihnya walaupun sudah ‘move on’ selama dua tahun.

“Ini lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen daripada filem seram Indonesia, KKN Di Desa Penari, rap dan puisi kanak-kanak.

“Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea bagai melepaskan kemarahan. Apabila lagu ini siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya ‘move on’.

“Bahagian awal lagu ini, saya berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang saya dah lalui sepanjang hubungan ‘tarik tali’ yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, penyanyi itu turut menyatakan dia memainkan beberapa watak menerusi muzik video (MV) KAJIMA yang boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

“Saya muncul dalam beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa 18 jam. Selain itu, saya mengalami kecederaan ketika penggambaran, tetapi tetap diteruskan.

“Produksi mempunyai set dan ‘mood’ yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai mangsa yang dikawal bomoh iaitu kekasih saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Terima Kasih Banyak Berkorban” – Azizulhasni Awang Titip Ucapan Menyentuh Jiwa Buat Isteri Tercinta

Azizulhasni, 38, tidak menafikan segala pencapaiannya turut didorong oleh pengorbanan besar isterinya yang sentiasa setia di sisi

Trending Tue, 17 Jun 2025

Testing

Ini adalah percubaan. Untuk maklumat lanjut layari www.hmetro.com.my

Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Events Sun, 7 Oct 2018

It’s Breast Cancer Awareness Month! Do You Know How to Check Your Breasts?

Early detection is vital in prevention breast cancer.

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Trending Tue, 2 Mar 2021
error: Content is protected !!