Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 17, 2023 @ 1:35pm

Kekal Tenang, Hafidz Roshdi Sekali Lagi Bagi Pesanan ‘Allah Maha Pengampun’, Netizen Dakwa: “Curang… Lepastu Tunggang Agama”

Pelakon Hafidz Roshdi nampaknya masih lagi menjadi bualan hangat netizen selepas terpalit dengan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri.

Semalam, Nur Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

Hafidz juga turut membuat satu perkongsian di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbaur sindiran apabila akaun Instagram pelakon itu diserang netizen gara-gara kontroversi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kapsyen Berbaur Sindiran, Peminat Serang Instagram Hafidz Roshdi.. Netizen Komen: “Kesian, Tak Rasa Bersalah Langsung”

Terkini, Hafidz sekali lagi membuat satu perkongsian di Instagram yang memaparkan foto dirinya sedang tersenyum.

“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan.

“Tapi ingat Allah maha pengampun.

“Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulis Hafidz di ruangan kapsyen.

Nampaknya pelakon ini kekal tenang biarpun ramai yang mengecam serta menantikan penjelasan dari Hafidz sendiri mengenai dakwaan berlaku curang.

Sehingga kini, belum ada kenyataan mahupun penjelasan oleh Hafidz mengenai kontroversi ini.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 600 komen biarpun tidak sampai 30 minit hantaran itu dibuat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Hafidz itu.

Lebih panas, ada juga yang menggelarkan Hafidz seorang yang munafik kerana kapseyen terbabit.

Malah ada juga beranggapan Hafidz membuat kontroversi ini gara-gara dia semakin ‘tidak laku’ di kaca televisyen.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Insan Lain Punca Hubungan Putus – Zahirah MacWilson!

Apa maksudnya insan lain itu agaknya? Hanya kedua mereka yang faham kiasan masing-masing.

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

Featured Wed, 2 Jul 2025

Abby Abadi Dedah Jumpa Scammer Secara Bersemuka: “Konon Nak Berbincang, Tapi Siap Tuduh Saya Pula!”

Abby Abadi mendedahkan, dia telahpun berjumpa dengan individu tersebut secara bersemuka.

Events Mon, 19 Aug 2019
error: Content is protected !!