Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 19, 2023 @ 2:25pm

Ikat 6 Selebriti, Telan Kos RM2 Juta… Fashion Show Bulan Bintang Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang melakar sejarah dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari, semalam.

Untuk Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, Bulan Bintang menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

Lebih menarik, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Sharnaaz Ahmad selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, jenama itu mahukan sesuatu yang berbeza dalam menampilkan kelainan.

“Apa yang kami lihat adalah demografi, siapa dan berapa pengikut mereka di media sosial, kami mahu menyasarkan pasaran pada tahun ini. Kami ada duta di setiap peringkat umur dan berharap Bulan Bintang dapat memberi impak hebat pada tahun ini,” katanya.

Pada malam yang cukup gemilang itu, Bulan Bintang turut melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempersembahkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records.

Cukup gah, Bulan Bintang Takes The Sky ini menelan belanja sebanyak RM2 juta selain mempertontonkan pertunjukan dron yang mempamerkan formasi kisah perjalanan Bulan Bintang sejak awal bertapak.

“Bulan Bintang sudah tampilkan pertunjukan fesyen di tahap yang baru. Pertunjukan dron sebanyak 350 buah dron ini kami mendapat khidmat dari United Kingdom yang sudah membuat persembahan di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi,” jelasnya.

Bulan Bintang Takes The Sky dimeriahkan lagi dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.

Dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Thu, 30 May 2019

Mad August破本地中文乐坛规则!每月推一首新歌

Mad August打破宣传主打歌的传统方式,决定把全新专辑的每首歌曲派台,并以每月一曲形式推出!

Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Trending Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Shuk Sahar kini rasa kosong tanpa anak dan isteri disisi.

Trending Wed, 20 Nov 2019

Betul Ke Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium

betul atau tidak kena tunggu update terkini di medial sosial platform

error: Content is protected !!