Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2023 @ 3:17pm

“Terlampau Awal Untuk Dikongsi… Yang Mana Tahu, Tahu” – Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya tampil menjawab spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua selepas membuat kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), baru-baru ini.

Dalam temu bual khas menerusi program Melodi, Wany tidak menafikan dan tidak mengiyakan mengenai desas-desus yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen itu.

Namun, pelantun lagu Menahan Rindu itu menyatakan segalanya terlalu awal untuk dikongsikan tentang berita kehamilannya itu buat masa sekarang.

“InshaAllah, terlampau awal untuk dikongsi. Tunggu je lah masa yang sesuai. Semua yang berkahwin sudah tentu nak mempunyai keluarga.

“Saya minta doa anda semua untuk kesihatan saya, suami dan keluarga kami. Sampai masa nanti kita kongsilah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Penampilan Wany Hasrita Di AJL37 Cetus Tanda Tanya

Mengakui sikap netizen yang mempunyai mata yang tajam untuk meneka seseorang itu sedang hamil, Wany bagaimanapun mengatakan busana yang dikenakannya pada malam AJL37 tersebut agak besar.

Malah, Wany juga mengatakan setakat ini dia tidak berpantang pun dalam pemakanan sehariannya.

“Masalahnya masa tu saya tengah buncit dan tengah angin masa tu. Baju besar pun isu juga. Kalau dua bulan pun belum nampak lagi. tapi jawapan saya, doakan yang baik-baik.

“Setakat ni tak ada pantang apa-apa pun. Kita makan macam biasa je. Tak ada apa pun yang boleh disharekan lagi. Doakan yang baik-baik. Tengoklah nanti, kalau ada kita announce,” jelasnya.

Selain itu, penyanyi itu juga menyatakan dia jarang berkongsi kisah peribadinya menerusi media sosial biarpun dirinya memahami peminatnya ingin tahu segala perkembangan terkininya.

Selain itu, Wany juga tegas menyatakan bahawa dirinya akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang tepat.

“Saya sepanjang daripada sebelum kahwin, sampai dah kahwin tentang berkongsi di media sosial tak banyak sangat. Even nak kahwin pun bukan kita tak nak share, tapi sebab ada pengalaman-pengalaman yang sebelum ni.

“Tapi, tak boleh juga kita tak share kan. Kita memang bekerja dalam industri ini, nak tak nak kita kena faham orang nak tahu apa benda yang jadi.

“InshaAllah, mana yang tahu, tahu. Yang mana nampak, nampak. Untuk saya share dan mengwar-warkan sekarang belum lagi kot,” katanya.

Terdahulu, Wany dan Mohd Al-Adib Fahmi telah mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

@melodiberapi Tak sabar nak tunggu Junior Wany Hasrita & suami 💕😘 #meloditv3 #ceritaartismalaysia #wanyhasrita ♬ original sound – Melodi

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Mon, 20 May 2024

Gara-Gara Isu P*lestin, Ning Baizura Terguris Diri Digelar Kristian – “Saya Juga Manusia, Punya Hati”

Tak baik tau kalau sampai menghina agama orang tu tau… Positif dan doakan yang baik-baik!✌️😎

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Ramai Yang Nak Jadi Menantu Jasmin Hamid, Dah Kenapa??

Kacaknya anak bujang pelakon ini dimana tular sudah gambarnya dan ada yang pasang angan-angan untuk menjadi bakal menantu !!

Trending Thu, 28 Feb 2019

打工仔留意!研究证实:越认真工作越容易变胖

不少上班族都有发胖的困扰,就算没有暴饮暴食,体重还是直线上升;最近英国一项研究就证实,越认真工作的人,越容易变胖!

Cahaya Mata Fri, 19 May 2023

Sempat Singgah McDonalds Tahan Sakit, Nina Nadira Selamat Melahirkan Anak Kedua

Bab makan mesti sempat kan! Alhamdulillah, congrats Nina and suami

Events Tue, 9 Apr 2019

Malaya Relived: Merdeka by Liver and Lung Productions is Bringing the 50s Back!

You are in for a historical journey down memory lane during the colonization time!

error: Content is protected !!