Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 22, 2023 @ 4:19pm

Selawat Sebelum Mengaku Tidur Bersama? Netizen Syak Khazrul ‘Dahagakan’ Perhatian – “Percaya Cakap Anju Lagi, Dia Jujur Bukan Talam Dua Muka!”

Konflik hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey semakin panas apabila dia tampil mendedahkan pernah tidur bersama aktres tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Khazrul menerusi siaran live nya memberi amaran, agar Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju sentiasa menjaga mulut dan tidak melabelnya sebagai lelaki terpaling alim yang hanya mahu mengambil kesempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Munafik, Penunggang Agama!” – Bengang Dituduh Perempuan Jahat, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Bekas Tunang Acah ‘Terpaling Alim’

Khazrul berkata, sebagai seorang ayah kepada seorang anak perempuan, dia masih tahu menjaga batas dan perlu menunjukkan sikap yang baik kepda anaknya itu.

“Tolonglah jaga mulut you. Awwak tengok muka saya ni bukan jenis lelaki yang mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu. Eh! Saya ada anak perempuan, kalau saya buat benda yang tak elok dalam rumah mana saya nak letak muka sebagai seorang ayah.

“Anak saya pun dah besar dan tahu benda maksiat ni semua dan dia tahu daddy dia tak kahwin lagi apa semua…jadi kalau boleh kita elak benda maksiat ni semua,” katanya.

Sementara itu, Khazrul juga mengaku pernah tinggal berdua-duaan di dalam sebuah rumah tetapi mengambil keputusan untuk tidur dan berada di kawasan hall sehingga tindakannya itu mencetuskan rasa kurang senang Anju.

Lebih mengejutkan, Khazrul mengaku pernah tidur di atas katil yang sama tanpa melakukan perkara tidak senonoh.

@arfana_98 @Zarina anjoulie entahhh siapa yang salah ku tak tahu🤣 #fyp #viral #anj #zarinaanjoulie #fypシ #viraltiktok ♬ original sound – NaddssLegacy

 

@arfana_98 Replying to @🇲🇾CahAnIqJie | Road to 10k ♬ original sound – NaddssLegacy

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menyaksikan sesi siaran live itu berpendapat, mereka lebih mempercayai apa yang dikatakan Anju berbanding dirinya kerana pelakon Anak Pontianak itu lebih jujur dan tidak bersikap talam dua muka.

@arfana_98 Replying to @NurAliffah goodnight 🤣 #fyp ♬ original sound – NaddssLegacy

 

Terdahulu, bengang dituduh perempuan jahat, Anju tampil mendedahkan sikap sebenar Khazrul yang dilihat warak tetapi sebenarnya penunggang agama.

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Jangan Meroyan, Jangan Cakap Pasal Saya Lagi” – Bakal Bertemu Bapa Anju, Khazrul Mohon Hal Peribadi Tidak Di Kongsi Di Sosial Media

ARTIKEL BERKAITAN:“Keluarga Saya Dah Malu” – Anju Sebak, Kesal Dengan Tindakan Bekas Tunang

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Tahniah Datin Anju!” – Zarina Anjoulie Kongsi Momen Tempah Baju Kahwin, Ramai Peminat Teruja!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Feb 2026

Fazura Sifatkan Que Haidar Lelaki Bijak, Intelektual & Tenang

Menurut individu terbabit, Fazura beruntung kerana dipadankan bersama seorang lelaki yang mempunyai sikap rasional dan tidak mudah melatah seperti Que.

Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Pada Hari Raya”- Azhan Rani Sebak, Kenang Arwah Bapa

Azhan Rani mendedahkan dia sudah lama tidak memakai baju Melayu setiap kali sambutan Hari Raya.

Events Mon, 15 Jul 2019
Featured Tue, 21 Jun 2022
Trending Fri, 25 Jan 2019

疯狂夫妻搜集30尊「古董娃娃」不生小孩:它们更听话!

美国一对夫妻结婚4年,因为受不了亲友催问生育大计,两人竟发挥创意,将太太从小热爱搜集的娃娃成为「亲生女」!

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Jimat Kos Demi KRON, Opie Zami Sanggup…

Filem fiksyen pengembaraan ini mula memasuki pawagam sejak semalam (22 Ogos 2019)

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

error: Content is protected !!