Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 10, 2023 @ 1:11pm

“Keluarga Saya Dah Malu” – Anju Sebak, Kesal Dengan Tindakan Bekas Tunang

Kemelut antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley seperti tiada titik noktahnya semenjak hubungan mereka terputus ditengah jalan.

Selepas saling berbalas kenyataan menerusi platform media sosial, Anjoulie yang lebih mesra disapa Anju akhirnya memutuskan bahawa dirinya tidak mahu membahaskan lagi mengenai isu tersebut.

Menerusi video yang tular di TikTok, Anju telah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas tunangnya, Ezley yang sudah menjatuhkan maruahnya sekeluarga.

“Tolonglah, saya minta jasa baik awak untuk berhenti gunakan saya sebagai content. Saya janda, saya ada anak satu nak jaga. Sudah-sudahlah, awak dah menang dah.

“Saya dah malu, keluarga saya dah malu. Awak dah buat content kata awak taknak kat saya sebab saya seksi, takpa. Apa lagi awak daripada saya? Cukuplah, let me move on, let me move on,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Anju sendiri ketika membuat live di TikTok.

Terdahulu, Anju menyatakan dirinya tidak kisah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik sekiranya bekas tunangnya itu datang ke rumahnya dan berbincang serta tidak menjadikannya sebagai bahan content.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Taknak Jadi Bahan Social Media” – Anju Akui Masih Sayang Bekas Tunang

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Biarpun kesal dengan tindakannya bekas kekasihnya, Anju bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mahu membuka aib mana-mana pihak bagi menghormati ahli keluarga yang lain.

Namun, Anju juga memutuskan dirinya juga tidak mahu lagi membahaskan tentang bekas tunangnya itu selepas ini.

“The only reason saya tak buka mulut, tak buka aib awak sebab saya kenangkan mak ayah awak dah tua. Saya saya keluarga awak dan saya pun taknak buat perangai lama.

“Ini last live saya, saya takkan sebut nama awak dah, kalau orang tanya pun saya akan cakap tak kenal awak. Lepas apa yang awak dah buat kat saya, saya takkan maafkan awak dengan mudah.

“Cara awak buat macam saya tak ada mak ayah. Awak tahu mak ayah saya tak suka pasal benda-benda ni. Mak awak pun tak suka, takut nanti malu.

“Awak umur 45, dah pergi haji sepatutnya awak boleh fikir lebih luas. Awak patutnya lebih matang dalam menghadapi situasi ni. Disebabkan content awak, tak pasal-pasal terpalit dengan bekas isteri awak.

@shahaimanirfan semoga segala urusan anju dipermudahkan #anju #sad #foryou #fyp #fypシ ♬ Get You The Moon – Kina

ARTIKEL BERKAITAN: “Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

ARTIKEL BERKAITAN: Beri ‘Hint’ Telah Putus Tunang, Netizen Minta Khazrul Pujuk Semula Zarina Anjoulie – “Di Dunia Tak Ada Yang Sempurna”

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Hari Akan Ada Yang Boleh Terima Saya Seadanya Dengan Ikhlas…” – Masih ‘Struggle’ Untuk Berubah, Zarina Anjoulie Mohon Beri Ruang

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

林美芬《非常完美》牵手失败!意外受到国外网友称赞

林美芬上《非常完美》牵手失败,才艺表演及自身故事受到来自多国的粉丝称赞,更表示为马来西亚女性感到骄傲。

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Tak sabarnya kami nak tunggu November! Kami doakan segala urusan Datuk Fazley dan isteri dipermudahkan Allah SWT.

Trending Wed, 12 Dec 2018

Gelagat Selebriti Malaysia Melihat Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam

Malaysia bakal beraksi di final kedua pada Sabtu, 15 Disember.

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Pernah Cuba Bunuh Diri…Siapa Sangka Selebriti Cantik Ini Rupanya Berdepan Masalah Bipolar!

Untuk netizen di luar sana, hati-hati dengan apa yang anda tulis. Penulisan kalian mungkin memudaratkan fikiran orang lain. Ingat tu!

Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

error: Content is protected !!