Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain February 23, 2023 @ 10:01am

“10 Tahun Kenal.. Ketika Itu Saya Di Sekolah Menengah” – Saling Memuji, Raysha Rizrose Dedah Detik Perkenalan Dengan Nabil Jeffri

Pelakon jelita Raysha Rizrose tampil mendedahkan detik perkenalan bersama suaminya, Nabil Jeffri, 29 selepas 10 tahun menjalinkan hubungan.

Terdahulu, Raysha telah sah bergelar isteri kepada Nabil yang merupakan pelumba kereta formula 2 dengan mas kahwin RM2,222, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Mas Kahwin RM2,222, Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri

Menurut Raysha, perkenalan mereka bermula sejak tahun 2013 dan telah menempuhi banyak dugaan sepanjang fasa mengenal hati budi antara satu sama lain.

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.

Selain itu, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose juga sempat berkongsi dirinya dilamar oleh Nabil pada 16 Ogos 2022.

Malah, dia juga menyifatkan suaminya itu menjadi inspirasi dalam hidupnya dan melengkapi segala-galanya.

“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu.

“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabil atau nama penuhnya Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, turut menganggap Raysha merupakan seorang wanita yang sangat matang dan sentiasa memberi semangat kepadanya.

Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.

“Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.

“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.

“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil Jeffri.

Bukan itu sahaja, Nabil juga meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan pasangan yang sentiasa memahami jadual dan tuntutan kerjanya.

“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.

“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.

Sebelum ini, pasangan mempalain itu telah melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.

Namun, Raysha dan Nabil Jeffri tampil menghebahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.

Raysha dan Nabil turut memaklumkan mereka akan sebuah majlis respsi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 26 Februari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Super Junior’s Kyuhyun Slaps TVXQ’s Changmin While He Was Asleep!

Best friends tend to do silly things together.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Doakan Mamat Khalid…

Jom doakan agar Abang Mamat kembali sihat seperti biasa dan dapat menghasilkan karya-karya hebat di masa akan datang. Insya Allah…

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

error: Content is protected !!