Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 24, 2023 @ 8:20pm

“Takkan Jual Jamu Je?” – Netizen Pertikai Kekayaan, Ini Respons Padu Kak KM!

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM menjawab persoalan pengikutnya yang memaklumkan ada individu lain mempertikaikan kekayaannya dengan hanya menjual jamu.

Tampil bersuara, Kak KM dengan tenangnya menyatakan bahawa tiada keperluan untuknya menghentam individu sebegitu kerana dia tidak pernah meminta wang daripada sesiapa melainkan hasil titik peluh sendiri.

Malah, dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli produknya itu.

“Tak perlu aku nak hentam sebab aku kaya ke miskin ke, yang penting aku tak pernah minta siapa-siapa duit makan.

“Dan aku berniaga ni pun, aku tak pernah paksa pun siapa-siapa beli,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM menjelaskan bahawa produknya itu mendapat sambutan ramai sehingga 20,000 set produknya terjual dalam masa sehari.

“Kau kena tahu satu hal, disebabkan benda ini (jamu) Kak KM boleh sampai London, boleh beli kereta, apa saja Kak KM nak. Alhamdulillah syukur. Rumah pun dah ada dekat 10 biji aku beli, hasil daripada jamu ini.

“Sebab satu hari terjual 20,000 botol. Kau kali (darab) congak sendiri sebotol hanya RM50,” jelasnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rezekinya luas kerana selalu membahagiakan dan mengutamakan keluarga.

Namun, tidak kurang juga yang melabel kekayaan Kak KM sebagai istidraj.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]

Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja

Featured Thu, 18 Dec 2025

“Saya Hanya Tunggu Perkataan ‘Maaf'” – Konflik Atu & Sharif Zero Belum Selesai, Isu Duit & Masalah Peribadi Jadi Punca Gaduh

Konflik dalaman membabitkan anggota Kumpulan Zero iaitu Atu dan Sharif masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun hampir lebih dua tahun berlarutan.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Trending Wed, 7 Apr 2021
Featured Wed, 1 Feb 2023

“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Setiap orang berhak bahagia kan.. Siapa pun pilihan mereka, kita doa je baik baik 🥰☺️

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
error: Content is protected !!