Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 24, 2023 @ 6:23pm

“Kalau Saya Layan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?” – Adam Shahz Enggan Layan Dakwaan Disindir Suami Fatin Afeefa

Sebelum ini, tular video yang dimuat naik oleh suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang yang dikatakan menyindir pelakon Adam Shahz ketika dia hadir ke mahkamah bagi perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak pada Januari lalu.

Menerusi perkongsian video itu, Aliff menunjukkan petikan pendek yang tergantung di dinding ketika mereka sedang berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Adam, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas pulang dari mahkamah dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang video itu kerana dia tidak terasa hati.

“Jujur saya katakan, pada awalnya saya langsung tak tahu mengenai video yang kononnya dia perli saya itu, sehingga saya keluar daripada kawasan Mahkamah.

“Selepas keluar kawasan Mahkamah, telefon saya terima banyak notifikasi dan saya pun berhenti tepi jalan, buka telefon baru saya tahu tentang kewujudan video tu.

“Pada saya tiada isu pun mengenai video tersebut. Sebab saya langsung tiada terasa hati sekali pun.

“Walaupun daripada sudut pandangan orang lain yang melihat video itu seakan ditujukan kepada saya, namun saya menganggap itu tiada kena mengena dengan saya,” katanya.

Adam ditemui semasa malam gala tayangan filem lakonan terbarunya berjudul Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

Pada masa sama, dia tidak mahu memberi perhatian kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah dan hanya mengeruhkan keadaan sekiranya dia mengambil tindakan.

“Kalau saya layan apa beza level saya dengan dia? Sebab bukan level saya nak layan perkara-perkara sebegitu. Saya lebih matang dan bersikap profesional.

“Andai kata saya ambil sebarang tindakan untuk balas apa yang dia buat, ia akan menjadikan isu ni lebih rumit.

“Saya pula memang langsung tak pernah jumpa atau berkomunikasi dengan dia,” jelasnya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin hadir ke Mahkamah pada Januari lalu bagi perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Aug 2019

Viral Gambar Ikan Gergasi Dijumpai Mati Di Sabah

Dipercayai Spesis Berasal Dari Amazon

Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Selepas dua tahun perkenalan, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, hari ini.

error: Content is protected !!