Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 9, 2019 @ 2:34pm

Viral Gambar Ikan Gergasi Dijumpai Mati Di Sabah

Menurut World Wide Fun for Nature (WWF), setiap organisma mempunyai ekosistem unik dipanggil habitat semulajadi. Di sinilah mereka mendapatkan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan iaitu makanan, air, perlindungan dan tempat pembiakan. 

“Haiwan di dunia liar hanya mampu hidup di tempat yang telah diadaptasi oleh mereka. Mereka perlu mencari habitat betul yang mempunyai makanan dan ruang diperlukan spesies berkenaan,” tambah portal berkenaan.

Disebabkan inilah, hidupan di setiap negara mempunyai perbezaan yang tersendiri. Ketidakmampuan untuk beradaptasi di lokasi baru boleh menyebabkan kematian spesies berkenaan.

Baru-baru ini, Persatuan Haiwan Malaysia melaporkan penemuan seekor ikan gergasi dipercayai jenis Arapaima yang kebiasaannya ditemui di perairan Amazon, Brazil.

Ikan gergasi yang dijumpai di Bukit Padang, Kota Kinabalu itu dikhuatiri dibawa masuk ke negara ini melalui individu-individu tertentu yang meminati haiwan eksotik dari luar negara.

“Apa yang dikhuatiri spesis ikan invasif yang asalnya dibawa dari negara luar kini berada di perairan Malaysia mengganggu ekologi dan mengancam spesies ikan tempatan.

Kemusnahan spesis ikan tempatan akan berlaku sekiranya peminat ikan membawa ikan spesis ganas dan pemangsa dari luar dan tidak bertanggungjawab melepas ikan pemangsa sebegini ke sungai, tasik dan lombong dinegara ini apabila sudah tidak mampu memeliharanya lagi.

Menurut laman berkenaan, ikan ini boleh membahayakan bot kecil pemancing dan menerbalikkannya jika ia membesar ke saiz maksimum. Hal ini sudah tentu membahayakan orang ramai yang tidak mengetahui kewujudan spesies pengancam ini yang telah lama berada di tasik berkenaan.

“Kita berharap agar perairan laut negara kita tidak memiliki spesis Piranha ganas kemudian hari.”

Berikutan itu, Persatuan Haiwan Malaysia memohon kepada peminat hidupan akuatik agar bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka yang dibawa dari luar.

Bagi peminat hidupan marin yang telahpun membawa spesies luar ke negara kita ataupun yang bercadang berbuat demikian, anda diminta untuk menghubungi Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pencegahan.

“Jangan lempar sewenang-wenangnya ikan yang sememangnya dilarang bawa masuk ke Malaysia di mana-mana perairan dalam negara,” kata jurucakap organisasi berkenaan.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Sep 2024

Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

MasyaAllah ibu mentua dari syurga. Tak pernah tak support dan mendoakan yang baik-baik buat Sarah❤️❤️❤️

Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Erra Fazira Dah Bawa Mr. E Jumpa Ibu & Keluarga Terdekat  – “Semuanya Masih Baru & Indah”

Erra Fazira nikmati momen manis bersama Mr. E, enggan terburu-buru

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bukti Rumah Tangga Masih Utuh, Risteena Kongsi Perbualan Manja Bersama Suami… Saling Luah Rasa Rindu

Risteena kongsi perbualan mesra bersama suami, bukti rumah tangga masih utuh

Featured Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Fad Bocey ralat tak dapat tatap muka arwah buat kali terakhir

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Elak Netizen Dapat ‘Dosa Kering’, Suami Arwah Nadia Kesuma Kongsi Kronologi Kehilangan Isteri

“Saya melakukan ini supaya netizen tidak menanggung dosa kering tanpa menyedari kebenaran” – Suami

Selebriti Mon, 11 Apr 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Fri, 19 Aug 2022
error: Content is protected !!