Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 27, 2023 @ 1:00pm

“Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahukan Perceraian” – Erra Fazira Enggan Ulas Status Rumah Tangga Engku Emran & Noor Nabila

Penyanyi dan aktres popular, Erra Fazira, enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai status perkahwinan bekas suaminya, Enggu Emran dan usahawan popular, Noor Neelofa Noor Nabila.

Menurut pemilik nama Fazira Wan Chek, 49, dia tidak mahu terlalu mengambil tahu mengenai spekulasi rumah tangga Emran kerana menghormati kehidupannya.

“Saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya. Saya menghormati kehidupan dia dan tidak pernah bertanya you ada masalah ke? You okey?… tiada.

“Setakat ini, Emran juga tidak ada beritahu saya apa-apa pun berkaitan rumah tangganya dengan Nabila. Sebagaimana yang kita tahu Emran seorang yang sangat berahsia orangnya,” katanya.

Kredit Foto: MindOrder

Dalam pada itu, Erra menegaskan, dia sangat menghormati perasaan anaknya, Engku Aleesya, 13, berhubung perkara yang berlaku kerana tidak mahu emosi anaknya juga  terganggu.

“Saya juga menghormati anak saya dan tidak mahu perkara itu mengganggu fikirannya. Kalau Aleesya mahu berkongsi perkara itu, saya bersedia untuk menjadi pendengar yang baik,” jelasnya.

Malah, sekiranya dakwaan berhubung rumah tangga Engku Emran dan Noornabila dikatakan hampir menemui titik noktah benar, Erra menganggap ia adalah takdir ketentuan Tuhan.

“Tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian. Mungkin mereka ada masalah yang tak terbendung lagi. Kita jangan menilai orang kerana kehidupan kita pun tak tahu lagi.

“Walaupun saya pernah hidup bersama dengannya (Emran) tapi saya tidak pernah menilainya kerana itu adalah takdirnya,”ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi akaun Instagram, kakak kepada Neelofa itu telah memadam gambar suaminya termasuklah gambar ketika majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Emran masih menggunakan fotonya bersama Nabila sebagai gambar profil di Instagram selain tidak memadam gambar-gambar mereka berdua termasuk ketika majlis perkahwinan lalu.

 

 

Sumber: Harian Metro, Awani, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Jun 2026

Sambut Ulang Tahun & Anniversary Ke-13 Serentak, Izzue Islam Terima Hadiah Kereta Dari Isteri Tercinta

Izzue Islam mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dan juga ulang tahun perkahwinannya yang ke-13  bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Trending Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Fab Foodies! Wed, 19 Dec 2018

Go on a Culinary Adventure in Genting Highlands Over the Upcoming Holidays

There are lots of special offers and promos available!

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Featured Fri, 3 Dec 2021
Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!