Hiburan By: Fatin Nurain February 27, 2023 @ 10:49am

“Katanya, Kalau Dia Kahwin Dengan Athira…” – Nurul Shuhada Beri Gambaran Punca Cerai

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberi gambaran punca rumah tangganya terus retak selepas isu kecurangan suaminya terbongkar.

Dalam sebuah perkongsian di Instagram baru-baru ini, Shuhada telah memuat naik foto logo produk perniagaan yang bakal diusahakannya demi menyara anak-anaknya selepas ini.

Malah, perniagaan tersebut turut dinamakan ‘Satu Tak Cukup By Shuhada Shukri’ seolah-olah menyindir perbuatan bekas suaminya.

“THIS IS TRULY BY SHUHADA SHUKRI,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Lebih mencuri perhatian, Shuhada telah mendedahkan punca dirinya nekad untuk membawa haluannya sendiri ketika membalas komen salah seorang pengikutnya.

Menurut Shuhada, Hafidz menjanjikannya untuk menjadi suami yang gembira dan bahagia sekiranya dia membenarkan aktor itu berkahwin dengan Athira Yuhada.

“hehehe katanya apa akan saya dapat kalau dia kawin dengan Athira is ‘saya akan dapat dia yang happy and bahagia’ Allah Allah 😂, untuk apa lagi setia, orang dah tak ingin hehehe,” jelasnya.

Menyedari perkara itu, rata-rata pengikutnya sempat meluahkan rasa geram terhadap Hafidz dan menyokong tindakan Shuhada dalam memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita.

Terdahulu, Shuhada dikhabarkan telah diceraikan oleh Hafidz dengan talak satu di hadapan keluarganya menerusi satu panggilan telefon.

Namun, Shuhada turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan perceraian tersebut pada 1 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Dedah Bimbing Nurul Shuhada – “Dia Ada Hubungi Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Diberi Hidayah Allah” – Athira Yuhada Didakwa Ganggu Emosi, Kacau & Provokasi Nurul Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: “Wah, Terpaling Healing!” – Kongsi Foto Tepi Pantai, Hantaran Terbaharu Hafidz Roshdi Undang Kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Kongsi Video Tumbuk Muka Hafidz Roshdi, Netizen Puas Hati!

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Isteri Melalui Panggilan Telefon… IG Hafidz Roshdi Kena Serang, Netizen Amuk: “Lelaki Paling Tak Guna Tahun 2023!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka-Sangka” – Isteri Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Enggan Ulas Isu Lebih Lanjut, Isteri Hafidz Roshdi Mohon Ruang

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Featured Fri, 10 Sep 2021

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam. Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah […]

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]