Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 23, 2023 @ 7:18pm

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Kisah rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas timbul dakwaan diganggu oleh pihak ketiga.

Terkini, memetik laporan Harian Metro, Hafidz didakwa telah menceraikan Shuhada dengan talak satu di hadapan keluarga.

Bukan itu sahaja, isterinya difahamkan akan memfailkan perceraian pada 1 Mac hadapan yang merupakan hari ulang tahun kelahiran Shuhada.

Sebelum ini, Hafidz pernah memuat naik gambar mengenggam tangan erat seorang wanita yang dipercayai isterinya seakan mengesahkan hubungan mereka kembali baik meskipun ditimpa ujian.

Aktor drama Melestik Ke Hatimu ini didakwa mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Athira Yuhada selepas isterinya mendedahkan perkara tersebut di ruangan Instagram.

Namun begitu, wanita tersebut tampil memohon maaf kepada pihak Shuhada dan anak-anaknya kerana menimbulkan kontroversi seperti ini.

Bagaimanapun, Shuhada menerima permohonan maaf tersebut namun tidak akan melupakan segala yang berlaku.

Sekadar info, Hafidz berkahwin dengan isterinya, Shuhada pada 30 April 2016 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Fiza Thomas Takut Kongsi Pentas Dengan Nabila Huda?

Fiza juga mengaku seorang yang ‘gila pentas’. Pantang nampak pentas, mood terus in character!

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

Dakwaan ‘Penyondol’ Jejas Reputasi, Ganggu Kesihatan Mental… Alya Iman Buat Laporan Polis

Alya Iman nafi jadi punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Didakwa Berbadan Dua, Amira Othman Mohon Privasi

Dakwaan sedang hamil, Amira Othman memohon ruang privasi.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

error: Content is protected !!