Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 28, 2019 @ 2:46pm

Semoga Cepat Sembuh DS Siti Nurhaliza!

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur selepas selamat ketika berdepan kemalangan kecil ketika berkayuh.

Menurut Siti, dia gembira dapat menamatkan kayuhan sejauh78 kilometer malam tadi.

“Alhamdulillah, medal kedua untuk anakku, Aafiyah.

“Walaupun ibu jatuh, koyak lutut, ibu teruskan hingga ke akhir garisan. Terima kasih #ctdkteam yang banyak beri sokongan,” tulis Siti.

Siti dalam entri itu turut memuat naik sekeping foto yang sempat dirakamkan oleh penunggang basikal lain ketika kemalangan terbabit berlaku.

Difahamkan, Siti mengalami kemalangan kecil semalam ketika berbasikal sejauh 78 kilometer bermula di lebuh raya Kajang-Seremban.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar penyanyi itu kembali pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Featured Mon, 28 Oct 2024
Featured Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Wed, 18 Oct 2023

PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Semoga semua urusan PU Abu dan isteri-isterinya dipermudahkan 🤲

Hiburan Sat, 7 Sep 2019
error: Content is protected !!