Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 4, 2026 @ 7:12pm

Didakwa Berbadan Dua, Amira Othman Mohon Privasi

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 32, memohon orang ramai memberi ruang berhubung khabar angin kononnya dia sedang berbadan dua.

Menurut pemilik nama Nadia Amira Othman ini, meskipun bergelar figura umum, dia tetap mahu melalui fasa kehidupan seperti orang lain tanpa terlalu banyak spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

“Ini asam garam selebriti. Dahulu, sebelum kahwin orang asyik tanya bila nak kahwin, lepas dah berkahwin orang tanya pula bila nak ada anak,” katanya kepada XTRA.

Amira ditemui di Majlis Pertunjukkan Fesyen koleksi Raya 2026 jenama Amber, Eid’s Times For Love, sebentar tadi.

Pelantun lagu Jaga Jaga ini turut menjelaskan, jika ada masa yang sesuai, dia sendiri akan berkongsi perkara tersebut, namun buat masa ini dia berharap diberikan ruang dan privasi.

“Insya-Allah bila ada masa yang tepat saya akan kongsi. Cuma buat masa sekarang saya mohon sedikit ruang. Saya juga harap semua mendoakan yang baik-baik,” ujarnya.

Dalam masa sama, kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini mengakui dia tidak letih walaupun sering diajukan soalan yang sama kerana memahami itu sebahagian daripada lumrah kehidupan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

“Saya tak boleh kata penat sebab ini memang normal untuk orang dikenali. Kadang-kadang kita dah jawab, soalan sama akan datang lagi,” katanya.

Amira menyamakan situasi itu dengan sesi siaran langsung di TikTok apabila penonton tetap mengulang soalan walaupun jawapan sudah diberikan.

“Macam kita buat live TikTok pun sama, walaupun dah jawab tetap ada yang tanya soalan serupa. Pada saya itu biasa. Kalau tak mahu diasak dengan soalan begini, mungkin kita bukan orang yang sesuai berada dalam industri,” katanya.

Amira bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana ada ketika dia kurang selesa dengan spekulasi yang berlegar. Pada masa sama, dia menzahirkan rasa syukur atas sokongan ramai dan sekali lagi meminta orang ramai mendoakan yang baik.

Terdahulu, timbul spekulasi kononnya isteri kepada pelakon Fattah Amin itu hamil selepas kelihatan seakan ‘baby bump’ dalam beberapa video yang tersebar.

Isu sama pernah diperkatakan sebelum ini apabila Amira dimasukkan ke wad, namun dia menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang biasa berlaku.

Spekulasi turut kembali hangat apabila Fattah berkongsi khabar bahawa Amira tidak dapat mengikutnya ke Seoul atas faktor kesihatan, sekali gus mengundang pelbagai tafsiran.

Terdahulu, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Trending Sun, 4 Apr 2021
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Trending Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Featured Fri, 8 Jul 2022
Kisah Viral Tue, 4 Feb 2025

The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’, Mangsa Boleh Kongsi Pengalaman Secara Rahsia Di Kotak Luahan Hati

The Vocket lancar kempen Jadi Buddy Bukan Buli, inisiatif selamat untuk mangsa luah hati

error: Content is protected !!