Acara By: Fatin Nurain March 7, 2023 @ 5:30pm

12 Tahun Tinggalkan Dunia Pengacaraan, Sharifah Shahirah Ingin Jadi Diri Sendiri

Pelakon, pengacara dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera bersedia untuk mengendalikan acara berprestij TV3, Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang bakal diadakan pada 12 Mac ini.

Bakal mengendalikan program tersebut bersama ibu saudaranya, pengacara Sherry Alhadad, Shiera menyatakan dirinya ingin menjadi diri sendiri biarpun sudah 12 tahun meninggalkan dunia pengacaraan.

Kali terakhir Shiera muncul sebagai pengacara ketika mengendalikan program TV3 iaitu Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bersama Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak.

“Saya tak tahu kerja dia macam mana, saya rasa daripada dulu sampai sekarang ni masih sama. Bila tengok pengacara yang ada pun, saya rasa Insya-Allah bolehlah.

“Kalau nak terima, terimalah. Kalau tak ada apa-apa yang perlu saya cakap, saya takkan cakap. Sebab mereka selalu cakap ‘saya artis kurang cerdik’.

“Tapi saya masih di sini dan ada yang berterima kasih juga pada saya kerana menghiburkan mereka. Saya tak kisah jika nanti digelar apa-apa sekalipun, perkara itu tidak akan mendatangkan cela kepada mereka tapi terima kasih kerana memberitahu saya.

“Dari segi persediaan saya akan cuba sehabis baik sebab saya dah tanamkan untuk jadi diri sendiri untuk bagi semua orang suka,” katanya.

Pertama kali mengacarakan program besar dengan Sherry, Sheira turut meluahkan rasa teruja dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencipta keserasian bersama.

“Alhamdulillah, kali ini TV3 terbuka hati panggil saya semula. Dapat pula mengacara dengan Sherry. Kami ada pertalian darah di mana bapa Sherry dan nenek saya adalah adik beradik.

“Dahulu kami bergandingan tetapi dalam program yang tidak popular. Sekarang, Alhamdulillah dalam program popular.

“Sudah lama saya kenal Sherry. Jadi, saya tiada masalah (bekerja dengan Sherry). Sebenarnya, saya tiada masalah mengacarakan majlis dengan siapa pun. Saya suka ikut pasangan dan saya akan jadi diri sendiri,” katanya.

Tonton Anugerah Drama Sangat bakal berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran di TV3, jam 9 malam, pada 12 Mac 2023, Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jul 2020
Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Kontroversi Ratu Cantik Dari Seluruh Dunia, Jom Semak Siapa Mereka!

Disebabkan terlibat dengan skandal, mereka terpaksa memulangkan tiara sekaligus gelaran ratu turut dilucutkan…

Trending Tue, 9 Jun 2020
Events Tue, 23 Oct 2018

Startupper of the Year Challenge to Support Young Malaysian Entrepreneurs

We have so many talents who deserve the award!

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Thu, 14 Oct 2021

Adele Umum Bakal Muncul Album Baru Bulan Depan

Penyanyi terkenal, Adele mengumumkan bahawa album baharunya yang berjudul 30 akan dilancarkan pada 19 November ini. Adele membuat pengumuman itu menerusi ‘tweet’ di Twitter semalam. “30 – November 19,” tulisnya ringkas. 30 – November 19 […]

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!