Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi February 28, 2023 @ 5:36pm

Balas Statement Bekas Isteri, Netizen Label Hafidz Roshdi Lelaki Psiko?

Konflik rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Terbaru, Shuhada berkongsi sebuah perkongsian di Instagram miiliknya ketika berada di Mahkamah Syariah untuk menguruskan proses perceraian.

Di ruang kapsyen, Shuhada memohon agar nafkah buat dua anaknya tak akan putus.

“Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Amin Ya Mujib,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Rohdi, 29, tampil membalas doa tersebut menerusi ruangan komen.

“Insya-Allah rezeki dan nafkah anak-anak tidak akan pernah putus,” tulisnya.

Namun begitu, komen aktor Melastik Ke Hatimu ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mereka mempersoalkan tindakan tersebut yang dianggap tidak matang.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen menggelarkan Hafidz lelaki psiko kerana dianggap seperti tidak menjaga perasaan bekas isteri.

Difahamkan, Hafidz sebelumi ini pernah meninggalkan komen terhadap entri bekas isterinya memakai pendakap gigi yang turut dikritik netizen.

Hubungan rumah tangga Hafidz dan Shuhada didakwa retak akibat wujud pihak ketiga sehingga aktor tersebut melafazkan cerai talak satu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga.

Artikel Berkaitan: “Moga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

Artikel Berkaitan: “Nak Gambar Sayang, Cantiknya…” – Pernah Nafi Curangi Isteri, Mesej Perbualan Hafidz Roshdi Dengan ‘Penyondol’ Pula Tular?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jun 2021

Tidak Mahu ‘Selfish’, Batalkan Shooting Pretty Little Liars 2, Eyka Farhana Akui Kecewa

Alaaaa… takpe, bukan rezeki insyaAllah more rezeki lagi untuk Eyka

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman ada khasiat dan kebaikannya tersendiri

Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘Keluarga Halang Saya Jadi Penyanyi Hip Hop’- Pele

“Saya juga mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika di tahun kedua dalam jurusan undang-undang. Itu yang membuatkan kedua ibu-bapa sedikit kecewa”.

Featured Mon, 10 May 2021

BPR Masih Dalam Proses Pengkreditan? Ini Sebabnya..

Umum maklum, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah bermula pada 7 Mei lalu. Baca artikel berkaitan : Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR Namun, sehingga kini […]

Hiburan Wed, 31 Jul 2019
error: Content is protected !!