Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Aqilah Paharuzi March 3, 2023 @ 4:57pm

Bawa Watak Utama, Firdaus Karim Enggan Ulas Isu Bertentangan Akidah Dalam Filem Sensasi Mentega Terbang

Pelakon, Firdaus Karim mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berkaitan isu filem kontroversi Mentega Terbang yang dikatakan bercanggah dengan akidah.

Memegang watak utama dalam filem berkenaan, Firdaus berkata dia menyerahkan segalanya kepada pengarah dan pihak penerbit.

“Mengenai isu filem tersebut, saya serahkan kepada produser dan pengarah sendiri, sebab mereka lebih berhak untuk memberi komen,” katanya.

Sementara itu, disoal sama ada pernah menerima sebarang kecaman atau ugutan gara-gara membawa watak Abah atau Jailani dalam filem tersebut, Firdaus berkata tidak menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak.

Mengulas mengenai implikasi atau kesan daripada filem Mentega Terbang terhadap karier lakonannya menjadi lebih skeptikal dalam pemilihan watak, Firdaus memilih untuk menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Itu bergantung kepada apa yang ditakdirkan. Perjalanan saya dalam dunia seni ini saya anggap rezeki itu akan sentiasa ada dimana-mana.

“Saya ada prinsip sendiri.. Saya anggap pembabitan (produk lakonan) saya adalah untuk generasi akan datang. Sekiranya saya diberi tanggungjawb untuk menjayakan sebuah naskah, saya akan cuba beri yang terbaik.

“Saya tidak mahu mengatakan saya pelakon yang berani menanggung risiko. Saya percaya rezeki itu datang dari Allah,” katanya.

Firdaus ditemui pada majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story di sebuah hotel di ibu kota pada Rabu.

Sebelum ini, filem Mentega Terbang menjadi sebutan ramai dan pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana dikatakan kandungannya bercanggan dengan akidah umat Islam.

Susulan itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil pihak bertanggungjawab terbabit dalam filem Mentega Terbang untuk disoal siasat.

Artikel Berkaitan: Caprice Bengang Filem Mainkan Isu Agama Disiarkan, Minta Kementerian & JAKIM Ambil Tindakan Keras

Artikel Berkaitan: Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Artikel Berkaitan: Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2024

Influencer Elcah Selamat Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga, Terima Mas Kahwin Sebuah Kereta Mercedes

Wah lain macam ye mas kahwinnya! Semoga Elcah bahagia bersama pasangan

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Tue, 30 Jun 2026

“Ini Perkara Di Luar Jangkaan” – Syed Saddiq Akur Penangguhan Keputusan Pembebasannya

Syed Saddiq menyifatkan penangguhan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Featured Thu, 22 Feb 2024
error: Content is protected !!