Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 4, 2023 @ 5:41pm

Tumbuk Muka Isteri Hingga Koyak, Kes Nurul Shuhada Kini Dirujuk Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak

Susulan kes kontroversi melibatkan pelakon Hafidz Roshdi yang menumbuk wajah bekas isterinya, Nurul Shuhada sehingga mengalami kecacatan kekal, Ketua Polis Daerah  Sungai Buloh, Supritenden Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan, kes itu kini dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Selangor.

Memetik laporan mStar, perkara tersebut secara tidak langsung memberi gambaran siasatan terperinci akan dilakukan terhadap Hafidz.

Namun, masih tidak dapat dipastikan sa ada aktor itu telah dipanggil atau direman bertujuan untuk membantu siasatan.

“Kes itu kini diambil oleh bahagian D11 Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak IPK Selangor,” katanya.

Terdahulu, Hafidz didakwa telah menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan bekas isterinya itu menerima 10 jahitan dibahagian pipi kirinya.

Ekoran kejadian itu, rata-rata warganet berasa kurang senang dengan sikap Hafidz yang dilihat tidak bertanggungjawab dan dayus kerana berani menyebabkan kecacatan kekal dimuka Shuhada, malah melafazkan talak hanya melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukuplah Aku Jadi Manusia Baik Sangka, Separuh Mati Dah Kena!” – Nurul Shuhada

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sun, 18 Aug 2019

5 panduan setiap bapa baharu perlu tahu

Kongsikan info ini kepada suami anda!

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Trending Mon, 9 Apr 2018

儿灿笑收「苹果手机」开箱秒变眼神死

英国苏格兰喜剧演员希南(Joe Heenan)日前送儿子「苹果手机」当作复活节礼物,让他露出灿烂的笑容,没想到这居然是老爸用来恶作剧的道具,让儿子瞬间「眼神死」。

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Hari Ini Berakhirnya Idah Saya…” – 13 Tahun Bersama, Sharifah Aleya Umum Sah Bercerai

Sharifah Aleya tidak memperincikan punca perpisahan mereka dan memilih untuk tidak membuka ruang kepada spekulasi.

Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

‘Hanya Saya Dan Fizo Sahaja Yang Tahu’- Isteri Mohon Orang Ramai Henti Spekulasi

Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Ini Boyfriend Baru Elfira Loy!

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mereka keluar makan bersama membuatkan netizen mula membuat spekulasi apakah status sebenar El dan Asyraff Mazlan ini

Featured Fri, 21 Dec 2018
error: Content is protected !!