Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 6, 2023 @ 4:08pm

Idris Khan Nafi Sudah Berkahwin, Mahu Fokus Pada Kerjaya Dahulu – “Saya Bukan Suami Orang, Tapi…”

Pelakon Idris Khan, 34, menafikan spekulasi yang menyatakan dia kini sudah mendirikan rumah tangga seperti yang bertebaran di media sosial.

Memetik laporan Berita Harian, Idris atau nama sebenarnya Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan memberitahu dia masih solo dan kini hanya fokus pada kerjaya sahaja.

“Bila saya berkahwin? Itu hanyalah khabar angin. Saya bukan suami orang. Tapi kalau ada calon yang sesuai, mengapa tidak.

“Namun, apa sahaja boleh berlaku, kita tidak tahu. Kita lihat sahaja nanti. Saya pun tidak mencari calon buat masa ini, saya hanya seronok dengan kehidupan dan fokus kepada kerja.

“Kalau ada sinar (berkahwin), saya akan beritahu, buat masa sekarang sinar itu belum nampak lagi,” katanya.

Disoal mengenai hubungannya bersama wanita asal Maghribi, Idris menjelaskan dia masih berhubung rapat namun belum mempunyai perancangan ke arah yang lebih serius.

“Kami masih berkawan tetapi masing-masing fokus dengan karier. Kami masih rapat, tapi belum ke tahap itu (berkahwin).

“Saya lebih fokus kepada karier dan terlalu banyak perkara yang saya usahakan. Jadi, belum masanya saya berkahwin,” jelasnya.

Tambah pelakon Tuan Danial ini, dia mahukan wanita yang bukan daripada industri seni sekiranya jodohnya tiba kelak.

“Jika tidak, asyik borak perkara sama… Ia membosankan. Untuk jangka masa panjang, kita mahu seseorang yang bergiat dalam industri berbeza, barulah seronok,” kongsi Idris.

Dalam pada itu, Idris yang terpalit dengan isu pelanggaran kontrak perjanjian drama Sekali Lagi Cinta Kembali memaklumkan hubungan dia dan penerbit Datuk A Aida dalam keadaan baik.

“Kami okay sahaja… Tiada masalah. Kalau ada rezeki bekerjasama lagi, saya baik-baik sahaja. Aida ada tawarkan saya berlakon, namun, disebabkan tarikh tidak sesuai, saya tidak dapat penuhi,” katanya.

Terdahulu, A Aida dan Idris Khan bersetuju untuk selesaikan kes saman yang difailkan oleh penerbit tersebut di luar mahkamah selepas A Aida menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023

Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Style masing-masing, kita doakan yang baik-baik je okay! ☘️

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Ijab & Kabul Sat, 24 Feb 2024
Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

Featured Sat, 5 Oct 2019
error: Content is protected !!