Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 7, 2023 @ 10:41am

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Yazmin Aziz memaklumkan bahawa kekasih baharunya, Austin Veloso, berminat dengan agama Islam dan budaya Melayu.

Memetik laporan Harian Metro, kata Yazmin, Austin yang juga merupakan seorang atlet bola keranjang tersebut bukanlah beragama Islam namun suka untuk belajar mengenai Islam seperti sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

“Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam. Saya pun nak perkenalkan budaya kita kepada dia contohnya, nak belikan baju Melayu untuk dia juga. Dia pun suka tengok baju Melayu.

“Dia berdarah campuran Filipina, Sepanyol dan Portugis tapi berasal dari Kanada. Tapi, sekarang dia menetap di Hong Kong kerana bermain untuk satu kelab bola keranjang di sana,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, kekasihnya itu juga berasa kagum dengan orang Islam kerana berpuasa selama sebulan dan terbuka untuk mencuba berpuasa.

“Apa yang boleh saya katakan, dia memang terbuka untuk mencuba.

“Dia ada bertanya, orang Islam akan berpuasa selama sebulan? Saya beritahu kepadanya, memang sebulan dan dia rasa sangat kagum,” ujarnya kepada Harian Metro.

Walaupun hubungan jarak jauh, Yazmin dan Austin akan berjumpa sebulan sekali sama ada di Malaysia atau Hong Kong.

“Kami dah bercinta sejak lebih kurang dua minggu lalu. Saya tak tahu kenapa tapi saya dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa mengenainya. Saya rasa, hubungan kali ini akan bertahan lama.

“Setiap bulan, kami akan berjumpa satu sama lain, sama ada di Malaysia atau di Hong Kong. Jadi kami perlu bekerja keras kerana hubungan ini perlukan usaha yang banyak,” kongsi Yazmin.

Sekadar info, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kelantan iaitu Nixon Guylherme.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir, Jimi Sekali Lagi Bergelar Peserta ‘Terpaling Fizz’ Di Minggu Ke-4

Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir di minggu keempat CSOIAM. Jimi sekali lagi bergelar peserta Terpaling Fizz.

Featured Mon, 23 Feb 2026

Tak Minat Buat ‘Veneers’, Farahdhiya Berang Individu Persoal Warna Gigi  – “Ingat Bulan Puasa Ni Syaitan Semua Kena Ikat”

Penyanyi dan pelakon, Faradhiya tampil menegur sikap tidak bertanggungjawab seorang individu yang mempersoalkan warna giginya.

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz Dah Ada ‘Teman’ Baharu?

Pada masa sama, saya juga kena utamakan tanggungjawab untuk perniagaan restoran.

Featured Sun, 20 Nov 2022
Hiburan Mon, 15 Dec 2025

PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”

PU Amin menyifatkan kelas agama berbayar bukan sekadar bayaran kosong semata-mata

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

Hiburan Sat, 14 Sep 2024

Nora Ariffin, Dr Rushdi Rujuk Semula

Alhamdulillahhhhhh ❤️❤️

#LaguXTRA Thu, 14 Sep 2023

#LaguXTRA: Suka Dengar Lagu Ikut Mood, Hisyam Hamid Kongsi Rahsia Dapatkan Emosi Sedih Dalam Lakonan

Wahh menjadi rupanya method acting Hisyam ambil mood sedih sebelum berlakon

error: Content is protected !!