Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 17, 2023 @ 5:25pm

Elak Diri Pergi Tempat Berisiko, Anna Jobling Guna Khidmat Pegawai Peribadi?

Pelakon jelita, Anna Jobling akui risau tentang kejadian selebriti yang dipukul di tempat awam, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @ohmymedia.cc, Anna memberitahu pernah menggunakan khidmat pegawai peribadi untuk beberapa acara bagi menjaga keselamatannya.

“Tengok event macam mana. Macam contoh, tahun lepas saya pergi Celeb Festival dekat Singapore, saya ada bodyguard tapi tu macam untuk keselamatan.

“Sebab kadang-kadang bila you stuck dekat tengah-tengah, tak tahu nak pergi mana. So, macam agak susah sikit,” katanya.

Menurut Anna, buat masa ini dia tidak memerlukan pegawai peribadi kerana kehidupannya hanya bekerja dan pulang ke rumah.

“Buat masa sekarang tak sebab honestly hidup saya set (penggambaran), office, rumah, keluar makan kadang-kadang, tu je. Saya tak pergi mana-mana sangat,” jelasnya.

Mengulas mengenai kejadian yang menimpa Kamal Adli di Singapura, perkara tidak diingini ini boleh terjadi kepada sesiapa meskipun ada pegawai peribadi.

Malah, dia berpendapat bahawa belajar seni mempertahankan diri merupakan satu kelebihan.

“Anna tak pernah berdepan dengan benda-benda ni semua sebab saya tak pergi tempat-tempat yang akan merisikokan diri.

“Tapi for me it’s a good thing if you know self defence sebab sebelum ni pun saya pergi kelas boxing juga tapi sebab sibuk dengan shooting so takde masa.

“So saya rasa lepas habis shooting, Anna akan masuk balik kelas boxing ke apa just to have self defence,” ujarnya.

@ohmymedia.cc Anna Jobling akan upah boyguard bila perlu, ikut keperluan jika diperlukan #ohmymedia #ommbest #annajobling #selebritimalaysia #meluruntukfirdaus ♬ original sound – ohmymedia.cc

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Mar 2018

Siti Aafiyah Si Comel Pipi Merah!

Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Sun, 25 Aug 2024

“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

Deep betul apa yang disampaikan Umisya tu. Yang mulut jahat tu better ‘bertenang’ dulu ek👀🔥

Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Wed, 9 Feb 2022

Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Alhamdulillah, moga dipermudahkan bagi semua jemaah

error: Content is protected !!