Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 4:41am

Umie Aida Tegur Johan, ‘Diam Lebih Baik Dari Bercakap’

Panas! Tindakan pelakon Johan As’ari yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang ditulis menerusi Twitter turut mendapat perhatian pelakon Datin Seri Umie Aida.

Menerusi Twitter, pelakon filem Dukun itu berpendapat bahawa aktor itu lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.

“Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!” tulisnya ringkas. semalam.

Umie turut memuat naik paparan artikel tentanAg Johan As’ari yang mahu pihak polis turut memeriksa rumah Tun M.

Sebelum ini Tweet berbaur sindiran itu dimuat naik Johan mengundang rasa kurang senang netizen.

Dia turut dikecam apabila dikatakan segaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Terdahulu, menerusi sebuah portal hiburan tempatan, Johan sudah memohon maaf kepada Tun Mahathir dan netizen yang terguris hati dengan status beliau.

“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan.

“Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Featured Wed, 12 Jan 2022

Air Mata Nia Ramadhani Berlinangan Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang […]

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Sun, 23 Oct 2022
Featured Thu, 15 Jan 2026

Alami Pendarahan Tengkorak & Muka Bengkak, Ezzanie Jasny Tangguh Percutian Ke London

Ezzanie sedih apabila terpaksa menangguhkan percutiannya ke London.

error: Content is protected !!