Euforia Bola 2026
FESYEN By: Fatin Nurain March 21, 2023 @ 8:25am

Buttonscarves Lancar Koleksi Baharu Sempena Ulang Tahun Ke-7

Jenama pakaian Buttonscarves tampil melancarkan koleksi tudung terbaharu yang dinamakan Siri Bèl Flè sempena ulang tahun mereka yang ketujuh.

Siri istimewa tersebut telah dilancarkan secara eksklusif di laman sesawang dan seluruh cawangan Buttonscarves di Malaysia sahaja.

Siri Bèl Flè ini menampilkan corak peonies yang cantik sempena meraikan kegembiraan dan kebahagiaan penggemar jenama pakaian tersebut.

Menurut Sharifah Itasha Jamalullai selaku Pengarah Buttonscarves Malaysia, Siri Bèl Flè ini juga turut diperkenalkan sempena ketibaan Ramadan yang akan bermula tidak lama lagi.

“Kami pernah mengeluarkan siri pertama yang diinspirasikan oleh Malaysia yang dipanggil The Malaya Series, yang menampilkan mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur, dan ia ternyata menjadi popular dalam komuniti BSLady kami yang cantik bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia juga !

“Memandangkan bulan Mac ini adalah sambutan ulang tahun ke-7 Buttonscarves dan Ramadan akan bermula tidak lama lagi, masa yang tepat untuk mengeluarkan siri eksklusif ini untuk peminat Malaysia kami,” katanya.

Untuk makluman, Buttonscarves merupakan jenama pakaian terkemuka yang berasal dari Indonesia.

Setelah mencapai pelbagai kejayaan sejak meluaskan sayap perniagaan mereka di Malaysia pada tahun 2018, Buttonscarves juga turut memilih pelakon Elfira Loy sebagai duta pertama Buttonscarves Malaysia.

Menurut Pengasas dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea menyatakan dirinya berharap setiap siri eksklusif di Malaysia dapat menerima sokongan berterusan dalam kalangan masyarakat.

“Berharap untuk melihat lebih banyak siri eksklusif Malaysia dan kerjasama daripada Buttonscarves Malaysia pada 2023 sebagai usaha berterusan #ButtonscarvesGoesGlobal. Saya teruja untuk melihat masa depan jenama ini, dan kami berharap kami dapat sokongan yang berterusan dari anda semua,” katanya

Kini, jenama yang ditubuhkan sejak 2016 itu telah meluaskan perniagaannya ke beberapa negara asia seperti Singapore, Brunei termasuklah Malaysia.

Siri Bèl Flè didatangkan dalam 10 warna dan 3 gaya berbeza iaitu voile square, satin square dan satin shawl yang dijual dengan harga RM135.

Peminat boleh melihat dan membeli pilihan penuh warna di kedai rasmi Buttonscarves Malaysia yang terletak di Avenue K, Setia City Mall, 1 Utama Shopping Centre dan MyTOWN Shopping Centre bermula 17 Mac 2023 ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Featured Tue, 19 Jul 2022

Hadir Majlis Graduasi, Dua Anakanda Agong Terima Ijazah Di Universiti Terbaik United Kingdom

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi dua anakanda di University of London di Egham, Surrey, United Kingdom […]

Featured Thu, 15 Jul 2021

Lockdown Tidak Gagal Sepenuhnya, Varian Baru Delta Paling Bahaya Ragut Beribu Nyawa

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13, 215 kes sekaligus menjadi antara kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, antara […]

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Sufian Suhaimi Dikecam Netizen Kerana Rasis

hanya kerana kapsyen sekeping gambar di Instagram Sufian dikatakan rasis?

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!