Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2021 @ 2:05pm

“Azan Bukan Lagu Estetik, Tolong Hormat Agama Kami!”- Netizen Bengang Laungan Azan Versi ‘Remix’, Mnet Mohon Maaf

Sejak semalam rata-rata warganet marah apabila sebuah video berdurasi 1.17 saat menggunakan laungan azan versi ‘remix’ yang menjadi sohor kini disemua platform media sosial.

Difahamkan, stesen televisyen Korea Selatan, Mnet menggunakan laungan azan tersebut bagi tujuan mempromosikan rancangan terbaharu mereka, Street Woman Fighter.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Video Dakwah (@videodakwah.my)

 

#Mnetapologize Ini cukup melampau!

Rata-rata mereka yang beragama Islam terutamanya di Malaysia dan Indonesia mengecam tindakan berani Mnet dan menyifatkan perkara ini cukup melampau.

Justeru itu, hashtag #Mnetapologize dicipta bagi menyatakan rasa provokasi rakyat beragama Islam terhadap tindakan tersebut.

Mnet tampil buat permohonan maaf…

Selepas diasak dengan pelbagai komen berserta hashtag #Mnetapologize menerusi ruangan komen di semua platform media sosial mereka, akhirnya Mnet tampil membuat permohonan maaf hari ini.

Menerusi tinjauan Xtra, pihak Mnet membuat permohonan maaf itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Bagi pihak produksi Mnet, kami memohon maaf diatas penggunaan runut bunyi dalam video opening episod pertama rancangan Street Women Fifghter.

“Lagu ini adalah lagu runut bunyi yang didaftrakan secara rasmi di laman web berkenaan dan pihak produksi berpendapat bahawa bunyi remix tersebut sesuai digunakan untuk program berkenaan tanpa apa-apa niat lain.

“Oleh itu, kami ingin memohon maaf diatas perkara yang berlaku. Dan video tersebut akan dimuat naik semula setelah selesai menukar muzik berkenaan.

“Mnet juga akan sentiasa mendengar pendapat dan menghormati segala kritikan penonton di seluruh dunia. Kami juga amat menghargai sokongan anda terhadap Mnet Women Street Fighter.”Tulisnya.

Menurut Mnet, pihaknya akan memadam laungan azan remix tersebut  dan menggantikan dengan muzik lain sebelum  dimuat naik semula bagi tujuan promosi rancangan berkenaan.

Bagaimanapun, warganet sempat meninggalkan komen agar perkara ini tidak seharusnya terjadi memandangkan isu agama adalah isu paling sensitif .

Bukan itu sahaja, warganet juga berharap agar pihak produksi Mnet membuat penyelidikan terlebih dahulu bagi mengelakkan isu sebegini terjadi lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.  Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di […]

Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Thu, 14 Nov 2024

Pertaruh Lagu Masihkah Ada Rasa Itu, Vanessa Reynauld Ganti Misha Omar Di SFMM39

Vaness Reynauld penyanyi gantian Misha Omar di SFMM 39

Trending Wed, 10 Apr 2019

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Acap dikatakan selamat ditemui di Muar, Johor.

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Mia berkata, dia turut bertanya kepada Leona mengenai cara berdepan kecaman

error: Content is protected !!