Hiburan By: Padin March 21, 2023 @ 1:44pm

Hafidz Roshdi Tepis Spekulasi Kahwin Lain – “Insya-Allah Jika Saya Bercerai Ni, Saya Single”

“Saya masih single dan available. Insya-Allah jika saya bercerai ni, saya single.”

Demikian jawapan pelakon, Hafidz Roshdi, 29, menepis spekulasi sudah berkahwin lain seperti yang didakwa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Menurut aktor Tundukkan Playboy Itu, dakwaan menerusi surat terbuka yang dimuat naik di laman sosial Shuhada pada 11 Mac lalu itu adalah tidak benar.

@xtra_my Saya cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang baik, tapi mungkin tidak menepati ciri Yang dia ingin kan” – Nurul Shuhada #fyp #xtramy #nurulshuhada #poligami #cerai #hafidzroshdi #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

“Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka,” katanya kepada XTRA.

Pelakon itu ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam usai prosiding bagi pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadapnya Shuhada, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi – Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

Imbas semula, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram, Shuhada mendakwa pelakon itu berkahwin tanpa izinnya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” tulisnya.

Sebelum ini, Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu. Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai dengan talak satu dengan kakaknya itu pada 22 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok Jodoh Macam Mana… Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50” – Hafidz Roshdi

Sofia mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

Pada 13 Mac lalu pula, Mahkamah Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

@xtra_my Berdasarkan undang-undang hukum syarak, kita kena sahkan dulu apa-apa lafaz perceraian Yang pernah ada sepanjang tempoh perkahwinan – Peguam #fyp #xtramy #hafidzroshdi #kes #sebutan #cerai #nurulshuhada #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Perintah itu dikeluarkan Hakim, Siti Fatimah Talib, yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi, pada 2 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda, bagi sabitan mengikut Seksyen 323.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.

Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 Feb 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

万众期待电影《沦落人》终定档于6月20日全马上映

早前因与多部好莱坞大片撞档期而延迟上映的《沦落人》,今日发行商爵士电影制作公司宣布确定于6月20日在全马电影院正式上映!

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Lepas Artis, Anak Artis Pula Jadi Mangsa Kutukan Netizen

Kasihan..jangan lah kejam sangat sampai anak-anak pun nak kutuk?

Trending Thu, 14 Oct 2021

“Kalau Kurus Sihat Sangat Ke? Perut Besar, Macam-Macam Penyakit Ada!” – Tular Di Twitter, Video Penjelasan Pakar Bariatrik Ini Buka Mata Netizen

Video penerangan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher mengenai perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi meraih perhatian warganet. Penjelasan Dr Mustafa yang terkenal […]

Trending Thu, 16 Nov 2017

摄影师母亲把自己的女儿变身成为Wonder Woman!

Mary Grace Pingoy是一位来自美国印第安纳州西北部获奖的家庭和儿童肖像摄影师。她近期帮她第一个女儿创作了一系列神奇女侠的照片拍摄。

Events Fri, 19 Aug 2022

“Sila Datang Berjumpa Saya” – Alicia Amin Buat Protes di KLFW Tuntut Keadilan

Berani kerana benar! Tak semua berani tuntut keadilan macam Alicia ni.