Featured By: Aqilah Paharuzi March 21, 2023 @ 5:23pm

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya yang juga merupakan suami orang.

Ia ekoran Syamsul yang telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya atas sebab tersebut dan dakwaan mengabaikan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Syamsul yang juga merupakan seorang pelakon itu turut meluahkan rasa kesal serta mengakui tidak dapat menerima isteri tercintanya berhubung dengan bekas kekasih.

“Saya tahu berkenaan Sarah berhubung dengan bekas kekasih. Dia bukan seorang pelakon, hanya orang biasa jadi jangan salah faham. Bekas kekasih dia sewaktu di kolej lagi.

“Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang? Lillahitaala, perkara ini bukan ditimbulkan kerana saya sekarang perlukan sesuatu untuk membantai Sarah, tidak sama sekali,” dakwanya.

Mengulas lebih lanjut, Syamsul berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan namun tidak dapat berdiam diri setelah Puteri Sarah melemparkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.

“Saya tidak mahu berkongsi mengenai perkara ini kepada umum, tapi malangnya mungkin salah saya selama ini saya berdiam keadaan menjadi sangat keruh.

“Saya yakin, melihat keadaan Sarah yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan tak bagi nafkah, fitnah saya memukul dan sebagainya.

“Pada minggu lepas, saya terkejut bila di mahkamah dia tuduh saya pukul dia. Saya tahu dia marah dan benci saya tapi adakah sampai ke tahap memfitnah saya.

“Saya masih berfikir adakah perkara terbaik untuk saya membuka mulut? Saya tetap berdiam… Saya tak mahu memburukkan Sarah atau membuka aibnya.

“Saya memilih untuk berdiam diri sehingga kedua orang tua saya sendiri pun tidak tahu menahu mengenai konflik rumah tangga saya. Seperti yang semua tahu, ibu bapa saya juga menghentam saya.

“Ini bukan caranya. Hanya kerana saya tak mahu menceraikannya dia mahu malukan saya. Berkali-kali saya menghubunginya untuk berbincang, tapi saya rasa Sarah mungkin suka dengan drama ini semua.

“Saya bukan nak melawan Sarah. Pada akhirnya, dia tetap isteri saya,” akhirnya.

Selain alasan curang, difitnah abai nafkah dan memukul, peguam Azmi Mohd Rias mewakili Syamsul berkata permohonan nusyuz tersebut juga disebabkan oleh Puteri Sarah yang meninggalkan rumah mereka sejak Oktober 2020 lalu tanpa meminta keizinan.

Sebelum ini, Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah kerana mempercayai hubungan mereka masih boleh dibaiki ketika perbicaraan dilakukan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan itu, Hakim Syaria menetapkan kedua-dua pihak untuk melantik  wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kes permohonan penceraian pasangan ini.

Terdahulu, konflik rumah tangga mereka menjadi lebih tegang selepas Syamsul telah menikah bersama Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapanya, Kazar Saisi.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah bekahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 Tahun.

Sumber: TikTok mStar

Kredit foto: Harian Metro, Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Feb 2021

Vaksin Covid-19 : Malaysia BUKAN Mangsa Uji Kaji

Ingat! jangan takut untuk mendapatkan vaksin

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Trending Fri, 13 Sep 2019

This American Company is Willing to Pay You $1000 Just For Drinking Coffee for a Month

Caffeine addicts and coffee churches, this might be your time!

Featured Thu, 15 Jun 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

‘Kalau Boleh Nak Anak Lelaki’- Alif Satar

Kalau boleh saya memang teringin anak lelaki tapi…

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!