Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 27, 2023 @ 11:00am

AishaHanim Tampil Dengan Lagu Raya Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Ini

Penyanyi duo AishaHanim bakal tampil dengan lagu baharu yang berjudul Raya Rumah Terbuka sempena Aidilfitri ini.

Menurut AishaHanim, lagu Aidilfitri alaf moden juga mampu untuk kekal malar segar sekiranya kena dengan selera pendengar.

Malah, mereka turut berpendapat lagu-lagu raya baharu juga mempunyai keistimewaan khususnya dari segi elemen komposisi melodi dan lirik yang lebih moden serta menepati citarasa pendengar muda.

“Memang kami sendiri suka mendengar lagu-lagu raya lama. Setiap kali Aidilfitri, lagu-lagu itu juga yang akan berkumandang. Tetapi lagu-lagu raya baharu pun sedap-sedap belaka.

“Kami percaya, dunia muzik itu luas. Mungkin ada yang beranggapan, sukar untuk lagu raya baharu menambat hati peminat tetapi citarasa pendengar sekarang sangat subjektif.

“Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak, ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan,” katanya.

Dalam pada itu, lagu raya yang mengetengahkan konsep irama kugiran dengan suntikan elemen tradisional itu ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.

“Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri.

“Untuk muzik video pula, kami teruja apabila mendapat tajaan daripada sahabat kami, Datuk Aliff Syukri di salah sebuah pusat penginapannya. Kami memang mahukan suasana kampung itu.

“Kami berharap bila peminat mendengar lagu ini, terus rasa teruja untuk menyambut lebaran dan meraikan kemeriahannya bersama keluarga,” jelas mereka.

Raya Rumah Terbuka bakal dilancarkan bulan Ramadan ini di semua platform digital serentak dengan muzik videonya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Anak Lelaki Eizlan Yusof Kemalangan

Difahamkan, Zareef dalam perjalanan ke lokasi penggambaran Mak Cun di Kuala Selangor.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

Featured Sat, 4 Apr 2026

“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

Akberdin mengakui disebabkan hak lawatan sering terhalang, ia sekali gus menjejaskan hubungan antara Fattah dan Fatima.

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
error: Content is protected !!