Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 26, 2017 @ 1:17pm

“Hanya Tinggal Seluar Dalam” Syamel Kongsi Kisah ‘Tragis’

Penyanyi lagu hidup dalam mati ini pernah mewakili Malaysia dalam festival muzik ABU TV song Festival 2017 pada 1 November lalu di Chengdu, China telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya.

Menurut Syamel, ketika berada di negara itu dia terkejut apabila seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke hotel penginapannya.

Jelasnya, pada awalnya dia menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.

“Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.

“Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut,” katanya.

Sedar pemergiannya ke China bukan menimbulkan masalah, dia telah menolak secara baik permintaan wanita itu walaupun tidak tahu niat sebenarnya.

“Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan,” jelasnya.

Syamel berkata kisah malangnya itu bermula apabila dia dalam perjalanan ke China tetapi bagasinya telah hilang menyebabkan tiada pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.

“Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.

Paling penting bahagian ‘dalam’ dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.

“Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari,” katanya.

Mengulas mengenai festival itu, jelasnya, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya selain melihat banyak peluang dan potensi untuk penyanyi dari Malaysia melebarkan sayap ke luar negara.

“Apa yang saya lihat banyak perkara sebenarnya kita boleh buat di luar meskipun berlainan bahasa dan budaya tetapi masyarakat di China sangat menghargai sesebuah karya.

“Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara,” katanya.

Festival yang bukan berbentuk pertandingan itu turut menyaksikan persembahan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Bercakap mengenai kejayaannya mara ke AJL 32, dia berkata, walaupun ada perasaan fobia namun keputusan dibuat pihak juri memberi kelegaan pada dirinya selain teruja memandangkan dia masih baharu sebagai komposer.

“Jujur saya fobia dengan apa jadi dahulu tetapi saya sudah lupakan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki.

“Dua lagu terpilih pada tahun ini saya anggap ia hikmah daripada apa yang berlaku dahulu dan sebagai seorang penyanyi dan komposer ia pencapaian besar,” katanya.

Pada tahun lalu, lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Dikutuk Kerana Tinggal Anak, Datin Vivy Tak Mudah Melatah

Kena belajar ambil ‘chill pill’…

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Konsert Bruno Mars Kongsi Tarikh Dengan PRU-14

Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Jangan Buat Kerja Tuhan” – Ciapan Nabila Razali Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Cukuplah Menang Di Hati Rakyat Majmuk” – Elly Mazlein Umum Tidak Lagi Sertai Anugerah

Pengacara, penyanyi, pelakon, Elly Mazlein mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya sudah tidak mahu terbabit dalam sebarang pencalonan anugerah. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata […]

error: Content is protected !!