Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah March 29, 2023 @ 3:14pm

[VIDEO] “Mari Bantu Rakyat Untuk Maju Ke Hadapan, Jangan Buat Tak Nampak Mereka Yang Tercicir”

Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama.

OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang bagaimana untuk kita membantu orang ramai, lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Saksikan video penuh di bawah.

Di bulan yang mulia ini, foodpanda Malaysia bersama-sama Coca-Cola bekerjasama dengan PERTIWI untuk memberi kembali kepada yang memerlukan, terutama kepada kanak-kanak, rakan jalanan dan keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan. Bukan itu sahaja, seluruh rakyat Malaysia juga dijemput untuk turut membantu dengan inisiatif yang ditawarkan oleh foodpanda Malaysia.

Inisiatif ini adalah usaha foodpanda Malaysia, Coca-Cola dan PERTIWI dengan harapan membawa erti dan sinar baru kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dengan Ramadan dan Raya yang kian dekat.

Pengguna aplikasi foodpanda Malaysia digalakkan untuk menggunakan kod PANDA sepanjang bulan Ramadan ini. Setiap pesanan yang menggunakan kod baucar, foodpanda Malaysia akan menyumbangkan satu hidangan kepada kanak-kanak, rakan jalanan dan keluarga yang di bantu PERTIWI. Pesan dan sumbangkan hidangan untuk yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, foodpanda Malaysia juga bekerjasama dengan Coca-Cola, di mana setiap pesanan yang mengandungi barangan dari Coca-Cola menggunakan kod baucar PANDA, dua hidangan akan di sumbangkan kepada yang dibantu. Kod baucar juga boleh di gunakan untuk servis penghantaran makanan, pengambilan sendiri, foodpanda shops dan pandamart.

Marilah kita sama-sama memberi kembali kepada mereka yang memerlukan agar bulan yang mulia ini lebih manis bila dikongsi bersama.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 May 2026

Komposer Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Singe Baharu Danial Kifli ‘Ku Yang Berjuang’ – “Dia Pergi Waktu Saya Nazak”

Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mula mencuri perhatian ramai apabila berjaya memasuki carta trending selain tular di media sosial.

Trending Sat, 5 May 2018

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di situ sebelum berlaku pergaduhan!

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2025

Nabil Ahmad Sekali Lagi Dikritik Netizen, Didakwa Dedah Aurat Isteri Pada Rakan

Nabil Ahmad dikritik dakwa dedah aurat ZIra Ayub kepada rakan konti

Featured Sat, 9 Sep 2023
error: Content is protected !!