Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 27, 2026 @ 6:10pm

Komposer Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Singe Baharu Danial Kifli ‘Ku Yang Berjuang’ – “Dia Pergi Waktu Saya Nazak”

Baru beberapa hari dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mula mencuri perhatian ramai apabila berjaya memasuki carta trending selain tular di media sosial.

Namun di sebalik sambutan luar biasa diterima lagu tersebut, tersimpan kisah peribadi yang cukup menyentuh hati daripada komposernya, Jal Arya yang menjadikan pengalaman hidup sendiri sebagai inspirasi utama penghasilan karya berkenaan.

Menurut Jal Arya, lagu itu lahir daripada detik paling sukar dalam hidupnya selepas terlibat dalam kemalangan serius sehingga menyebabkan dia koma dan berada dalam keadaan kritikal.

“Saya koma disebabkan kemalangan dan ketika itu doktor beritahu peluang untuk saya hidup sangat tipis. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah saya masih diberikan peluang untuk terus hidup,” katanya.

Apa yang lebih menyakitkan, Jal Arya berkata dia turut kehilangan insan yang paling dipercayai ketika sedang bertarung antara hidup dan mati.

“Bila saya sedar daripada koma, saya terus cari dia. Tapi dia dah hilang, semua media sosial dan nombor telefon saya kena sekat. Dia pergi ketika saya sedang nazak,” katanya.

Tambah Jal Arya, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi dan mentalnya kerana terpaksa menerima kehilangan tanpa sebarang penjelasan ketika dirinya masih berusaha untuk pulih.

Daripada luka dan pengalaman itulah lahirnya Ku Yang Berjuang, sebuah lagu yang menggambarkan tentang kehilangan, kejatuhan dan kekuatan untuk bangkit semula dalam keadaan paling sukar.

Lagu tersebut turut diperkuatkan dengan vokal penuh emosi Danial Kifli yang berjaya menyampaikan setiap bait lirik dengan cukup jujur sehingga mudah menyentuh hati pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Dengan Single Baharu Berjudul ‘Jauh’, Danial Kifli Mahu Fokus Genre Balada

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Sukses Dengan Pergilah Cinta, Danial Kifli Tampil Dengan Single Musnah

Sejak dilancarkan, Ku Yang Berjuang menerima sambutan luar biasa terutama di TikTok apabila ramai pengguna mula mengaitkan lagu tersebut dengan kisah hidup dan pengalaman peribadi masing-masing.

Momentum itu sekali gus membawa lagu berkenaan menduduki tangga ketiga carta trending hanya dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan.

Ku Yang Berjuang kini boleh distrim di semua platform digital manakala muzik video rasmi lagu tersebut sudah tersedia di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

merasa aiskrim sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Featured Mon, 21 Apr 2025

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tahniah! Saerah Hamil Anak Keempat

Menerusi status dimuatnaik di laman Instagramnya, adik kepada Datuk Seri Siti mengumumkan berita gembira itu selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.

Events Sat, 15 Feb 2020
error: Content is protected !!