Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 29, 2023 @ 10:39am

Dikatakan Wujud Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar

Pelakon Farid Kamil mendakwa dia mempunyi bukti bergambar mengenai dakwaan wujudnya pihak ketiga dalam rumah tangga bersama isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Lagenda Budak Setan itu engan mendedahkan gambar tersebut kepada umum kerana menghormati prosedur mahkamah.

“Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah,” katanya.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak mahu menjaja hal peribadi, isteri dan anak-anak yang boleh menimbulkan persepsi dan mengaibkan mereka.

“Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama islam,” katanya.

Biarpun terpalit dengan kemelut rumah tangga, Farid bersyukur karier lakonannya tetap menyinar beberapa tahun belakangan ini.

Semalam, Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, membuat pendedahan keretakan rumah tangganya bersama Diana gara-gara munculnya orang ketiga.

Bagaimanapun, Diana menerusi peguam syarie menafikan dakwaan tersebut dan ia hanyalah alas an semata.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga Disebabkan Kehadiran Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Isteri Terkantoi – “Saya Sudah Sedaya Upaya Pujuk Diana Danielle”

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Feb 2025
Trending Tue, 9 Feb 2021

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Alhamdulillah, Tapi SOP jangan dilupakan!

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Featured Thu, 29 May 2025
Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

Featured Sun, 14 Nov 2021

Janna Nick Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

Anugerah Bintang Popular (ABPBH ke-34) yang bertemakan ‘Kita Bersama’ malam ini berlangsung dengan meriah menerusi siaran langsung di TV3. Mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online, keputusan disampaikan oleh barisan pelakon, personaliti media […]

error: Content is protected !!