Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 30, 2023 @ 3:07pm

Terkejut Dilabel Lelaki Dayus, Afiq Muiz Dedah Isteri Berlaku Curang – ” Dia Yang Macam S*ndal, Keluar Dengan Jantan Balik Rumah Mabuk!”

Pelakon Afiq Muiz tampil mendedahkan isterinya, Pachara Apin menjadi punca sebenar kenapa dia bertindak untuk tidak mempedulikan wanita itu sejak dua tahun yang lalu.

Menurut Afiq, bukan mudah untuknya membuat keputusan dalam keadaan di duakan termasuklah berhadapan dengan individu yang pernah melukakan hatinya.

“Bukan mudah nak buat keputusan dalam keadaan di duakan… Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati,” tulisnya.

Terdahulu, Afiq memuat naik hantaran di Instagram miliknya dengan foto sedang menunggang kuda berserta kapsyen  ‘sedang berpuasa dan tak sangka iblis masih ada di bulan Ramadan. Atau mungkin mereka pengikut iblis’.

Hantaran tersebut sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen yang mengkritik tindakannya itu.

“Kalau dah tak ada jodoh lepaskan lah dia baik-baik. Jangan gantung tak bertali.

“Dah pukul anak orang, maki-maki emosi pula. Bang, orang tak nak tengok manusi berpecah belah tapi sikap dayus macam ni yang buat manusia berpecah belah.

“Hormat pada ibu, ayah baru isteri. Faham dan bezakan!

“Teruknya perangai. Ingat hebat sangat ke pukul wife. Lelaki tak guna memang macam ni ye,”  komen netizen.

Bagaimanapun, tidak berdiam diri dengan kritikan dan kata-kata kesat yang diberikan, pelakon yang popular menerusi drama ‘Love You Mr Arrogant’  itu tampil membalas segala komen pengikutnya yang rata-ratanya mendakwa dia ‘goyang’ untuk ke mahkamah.

Tidak habis disitu, Afiq juga tampil dengan mendedahkan bahawa isterinya itu bukanlah seorang wanita yang baik yang harus dihormat dan diberikan layanan baik.

“Setelah fitnah-fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan… dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku.

“Lagipun dia ada orang lain! Isteri kalau baik takpe…..ni mcm iblis balik tiga pagi mabuk, bau arak, makan babi, keluar dengan jantan! Sial fitnah aku pula dayus…bangsat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mad tiger (@muhamadafiqmuiz)

 

Terdahulu, Pachara Apin hadir Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu selepas tidak diberi nafkah sejak 2021.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 May 2020
Trending Fri, 18 Jan 2019
Featured Wed, 19 Feb 2025
Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok […]

Hiburan Thu, 16 May 2019

Punyalah Manja…Suami Nak Makan Masakan Syahrini Sahaja!

Kalau tidak, dia tidak mahu makan. Begitu. Manja ya Pak RB…

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“Daripada Tak Ada Job Langsung, Baik Ambil Saja” – Sanggup Terima Bayaran Buat Gimik Murahan, Qistina Raisah Kalis Kecaman

‘Ramai yang anggap saya ni seorang negatif, saya dah terbiasa’ – Qistina Raisah

error: Content is protected !!