Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain March 31, 2023 @ 8:00am

Mesra Photoshoot Bersama, Ramai Sokong Amelia Henderson & Aedy Ashraf ‘Getback’ – “Finally Double A Together!”

Pelakon Amelia Henderson tampil mengejutkan warganet selepas berkongsi momen mesra dirinya menjalani sesi bergambar bersama aktor Aedy Ashraf, semalam

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story (Igs).

Berdasarkan pemerhatian XTRA, sesetengah peminat mereka telah membuat video kompilasi momen yang dimuat naik oleh Amelia tersebut dan menjadi tular di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Aedy telah merangkul pinggang Amelia dengan kemas ketika menjalani sesi bergambar pewangi jenama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Malah, mereka juga kelihatan begitu serasi dan sepadan apabila mengenakan pakaian berwarna sedondon ketika sesi bergambari itu dijalankan.

@aleesaameer King & Queen ❤️#aedyxashraf #ameliahenderson #aedyamelia ##rizmanruzaini #fypage #fypシ #fypdongggggggg ♬ Kings & Queens – Ava Max

Umum tahu, sejak kisah percintaannya bersama Aedy berakhir pada tahun lalu, rata-rata peminat mereka berharap untuk melihat pasangan itu bersama semula.

Bahkan, nama kedua-dua pelakon itu turut menjadi sebutan dalam kalangan peminat mereka di media sosial, sejak kebelakangan ini.

Melihat kemesraan itu kembali terukir, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat mereka di ruangan komen.

Lebih menarik lagi, rata-rata warganet bersetuju sekiranya mereka kembali menjalinkan hubungan cinta semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Blushing Disakat Peminat Ketika Live – “Tu Renjana Baju Melayu, Renjana Saya Korang Tak Boleh Kacau”

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson Sedia Jadi Wakil Malaysia Bertanding Di Miss Universe -“Mungkin Sebelum Ni Saya Belum Cukup Matang, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat & Tangkas! Aksi Amelia Henderson Main Filter Matematik Buat Ramai Tergamam

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Muncul Di Studio Sembang, Aedy Ashraf Buat Peminat Teruja – “I’ll Be There Soon”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Cahaya Mata Tue, 9 Nov 2021

Gara-Gara Teruja, Syamel Umum Jantina Anak Sulung… Bakal Timang Baby Girl!

Penyanyi Syamel secara tidak sengaja mendedahkan jantina anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac 2022 kerana terlalu teruja untuk membuat persembahan di atas pentas. Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mengumumkan dia […]

Featured Mon, 19 Feb 2024
Trending Fri, 17 Nov 2017

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Bila Penyewa Kata Nak Keluar Rumah, Cuma Mesej Bagitahu Tinggal Kunci Kat Dalam, Lepas Tu Terus ‘Block’ Nombor Kita

Trending Mon, 2 Apr 2018

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

Featured Tue, 9 Jan 2024

[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya […]

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
error: Content is protected !!