Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 31, 2023 @ 8:36am

Netizen Kagum… Tular Di Twitter, Aksi Beto Kusyairy Bersilat Dalam Hutan Dah Macam Filem Sebenar!

“Dah macam filem!”

Demikian kata-kata netizen mengenai video ala filem Mat Kilau The Movie menampilkan pelakon Beto Kusyairy yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat pujian ramai, video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta.

Pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi berkongsi video ini di laman Twitter miliknya dan ciapan itu mendapat lebih 380,000 capaian serta lebih 100,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Menelusuri reaksi ciapan tersebut, rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen itu serta memuji kualiti setaraf filem sebenar.

Warganet juga sempat berseloroh dan membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.

Malah, ada juga netizen yang memuji cara pemasaran jenama tersebut yang disifatkan sebagai bijak serta berkualiti.

Ada juga wargamaya yang mencadangkan agar jenama ini terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem secara serius.

Meninjau di ruangan Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by orang panggil meri (@meripergibulat)

Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikat 6 Selebriti, Telan Kos RM2 Juta… Fashion Show Bulan Bintang Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Siti Nurhaliza, M Nasir, Faizal Tahir, Opick… Malam Bulan Bintang Tular! Penonton Suka Stage 360 Darjah, Puji Elemen Kerohanian – “Dekat Konsert Pun Selawat Ramai-Ramai”

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Oct 2025

Ammar Ahyan Mengaku Tak ‘Nonchalant’, Siap Tunjuk Spoiler Kereta Baru 

Anak kepada usahwan selebriti, Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyan atau lebih mesra disapa Ammayan mencuri perhatian warganet

Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Thu, 25 Nov 2021

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka. […]

Trending Wed, 27 Feb 2019
Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

Amboiii mulut, kesian arwah 😢 Janganlah buat sebarang spekulasi

error: Content is protected !!