Featured By: Khairil Khusyairi April 1, 2023 @ 12:13pm

Bekas Ratu Cantik Negara Dedah Dicerai Suami, Mengaku Gugurkan Janin Kembar

Seorang bekas ratu cantik yang juga pelakon mendakwa dirinya ditipu dalam perkahwinannya selepas mengaku pernah menggugurkan janin kembarnya yang ketika itu berusia sebulan di dalam perut hasil persetubuhan luar nikah.

Memetik laporan Malaysia Gazette, individu yang bernama Shakila itu memberitahu, dia melakukan perbuatan itu selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.

“Pada Januari tahun lalu, saya disahkan hamil hasil hubungan saya dengan suami saya yang pada ketika itu masih lagi merupakan teman lelaki saya.

“Dia sejak dari awal mengetahui mengenai kehamilan saya telah memujuk saya untuk menggugurkan kandungan tersebut malah kehamilan saya turut berada di dalam pengetahuan bapanya yang saya panggil walid kerana suami saya sendiri memaklumkan perkara tersebut kepada bapanya yang juga seorang tokoh agama bagi mendapatkan pandangan.

“Walaupun saya bertegas untuk tidak mengugurkan kandungan saya, suami saya telah memujuk dan meyakinkan saya perbuatan mengugurkan kandungan itu tidak haram dan beliau turut berjanji akan mengahwini saya selepas saya menggugurkan kandungan,” dakwanya.

Dia dan suami berkahwin pada 22 Mei tahun lalu sebagai janji menggugurkan janin itu.

Mengulas lanjut, Shakila memberitahu, selepas enam bulan berkahwin, dia telah mengalami keguguran.

Menurut doktor yang merawatnya, dia telah mengalami ‘chemical pregnancy’ yang merupakan kesan kepada pembuangan kandungan pernah dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, lapan hari selepas mengalami keguguran, suaminya telah memfailkan penceraian di mahkamah syariah atas alasan tidak munasabah sama sekali.

Katanya, gara-gara tindakan suaminya itu, dia telah mengalami depresi yang sangat teruk sehingga pernah membuat cubaan membunuh diri sebelum ini.

“Saya tidak sangka saya akan diceraikan selepas lapan hari mengalami keguguran. Lebih menyedihkan selepas penceraian difailkan, suami dan keluarganya sudah tidak mempedulikan saya dan membiarkan saya menghadapi masalah ini seorang diri.

“WhatsApp dan panggilan telefon yang saya buat langsung tidak dibalas dan dijawab,” dakwanya.

Lebih mengejutkan, Shakila ada menghubungi bapa mentuanya itu bagi menceritakan hal sebenar termasuk pengguguran bayi sebelum ini namun telah diugut individu tak dikenali.

“Sebagai tindak balas kepada tindakan saya cuba mengadu nasib kepada bapa mertua sendiri, saya telah diugut oleh individu-individu tidak dikenali.

“Saya sekeluarga juga turut menerima ugutan bunuh. Selain itu, terdapat juga video yang cuba memburuk-burukkan saya di Youtube yang dimuat naik oleh individu tidak dikenali.

“Selepas menerima ugutan dan kecaman tersebut saya telah melantik peguam bagi menasihati diri saya di mana setelah itu saya difahamkan bahawa fatwa yang dirujuk oleh suami saya dan bapanya tidak terpakai kepada saya yang mengandungkan anak luar nikah pada ketika itu,” dakwanya lagi.

Shakila mengakui dia kini berasa tertipu dengan tindakan suami dan bapa mentuanya itu.

Sumber: Malaysia Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Sun, 13 May 2018

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Events Fri, 3 Aug 2018

Rise: Ini Kalilah Di Pawagam 16 September Depan

Filem yang menelan kos sebanyak RM 2 juta ini mengetengahkan kisah rakyat yang bekerjasama dalam merealisasikan satu matlamat sama iaitu sayangkan negara.

Trending Tue, 17 Aug 2021
Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Hiburan Tue, 11 Jul 2023

Beri Cadangan Berubat Cara Islam, Nora Ariffin Dedah Pernah Terkena Sihir?

Allahuakbar.. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara seperti itu