Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 7:12pm

“Selama Ni Jarang Dia Expose Apa Dia Beli” – Netizen Teruja Tengok Shukri Yahaya ‘Angkat’ Kereta Baru, Harga Cecah Jutaan Ringgit

Baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon Shukri Yahaya dan isteri didakwa telah membeli sebuah kereta mewah baharu jenis Land Rover Defender dengan harga mencecah jutaan ringgit.

Menerusi perkongsian tersebut, aktor berusia 34 tahun itu kelihatan berada di sebuah bilik pameran kereta mewah sebelum diberikan kunci kereta miliknya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut seakan-akan disahkan oleh isterinya, Tya Adnan apabila dia turut berkongsi hantaran menerusi Instagram Story miliknya dengan foto suaminya itu sedang memandu kenderaan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktor ini memuji sikapnya yang  merendah diri memandangkan dia antara selebriti yang tidak pernah menunjuk-nunjuk aset yang dimilikinya.

“Inilah dia kereta yang dibeli tu. Semalam tengok dia naik flight pergi ambik. Tahniah Shuk dan Tya, murah rezeki.

“Suka tengok pasangan ni, Tya pun simple je padahal suami dia hero malaya. Paling suka pandai cari duit sendiri.

“Jarang wei nak nampak Shukri Yahya ni expose apa dia beli. Yang tahu je tahu.

“Wow! Land Rover  Defender tu harga dekat sejuta tau. Tahniah Shuk!,” komen netizen.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jun 2025

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Syed Saddiq akhirnya bebas dari pertuduhan.

Featured Sun, 31 May 2020

MySejahtera Check In mula beroperasi 2 Jun ini

Muat turun aplikasi MySejahtera

Featured Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》荣登本地中文综艺收视冠军

八度空间全新户外游戏节目《Durian, Kaya, Teh Tarik》自开播收视屡创佳绩,荣登本地中文综艺收视冠军!

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Featured Tue, 9 Jun 2026

Ayda Jebat Dedah Suami Kena ‘Try’, Siap Terima Nota & Ajak Buat Business – “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh!”

Ayda Jebat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi antara pengalaman yang sukar dilupakannya bersama suami, Nabil Mahir.

error: Content is protected !!