Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 10:41am

Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle hadir ke Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam hari ini bagi sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan anak yang difailkan aktres itu pada 23 Mac lalu.

Farid, 43, hadir dengan ditemani pengurusnya Azhari Hamid berkata, dia mengharapkan sesuatu yang baik pada hari ini.

Malah, dia berharap keadilan akan dapat ditegakkan.

“Saya harapkan keadilan dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan anak guamnya itu sudah memperoleh perintah hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak secara interim daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 24 Mac lalu.

“Pihak kami memfailkan hadanah itu pada Khamis dan mahkamah membenarkan permohonan Diana, Jumaat lalu. Namun, tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya,”jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32,  memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

Featured Thu, 24 Jul 2025

Susah Tidur & Tiba-Tiba Bercakap Sendiri… Aiman Hakim Terganggu Akibat Terlalu Menjiwai Watak

Mengakui ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

TECH Wed, 7 Nov 2018
Hiburan Sat, 3 Mar 2018

ntv7《环球透视》停播两月后转台「重新出发」

ntv7《环球透视》将于2018年3月2日起停播两个月,以便让制作团队重整步伐,重新策划。全新面貌的《环球透视》将于4月30日起,每逢星期一至星期四,晚上11时30分,转至八度空间播出。

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artis popular cerai rujuk kembali ketika masih dalam idah

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

“Dah Sebulan Tak Balik Rumah” – Hairul Azreen Tinggalkan Hanis Zalikha

Kesungguhan Hairul dalam menjayakan filem ini sungguh memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Featured Fri, 26 Jul 2024

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Min setuju dengan Rita! Min rasa isu ni dah settle. Tinggal lagi kes buli ni memang patut dihentikan segera!🔥💥

error: Content is protected !!