Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2023 @ 4:02pm

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Isteri penyanyi, Lan Solo iaitu, Nur Sheila Hassim mendedahkan suami tercintanya itu pernah tidak menerima pembayaran  akibat pihak pengurusan memberi cek tendang.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), isteri Lan menjawab persoalan netizen yang bertanya sama ada suaminya itu pernah berhadapan krisis pembayaran ghaib sepanjang menjadi penyanyi.

“Sepanjang Lan jadi penyanyi ada sangkut payment tak? Sebab baca dekat pelakon Atu kesian dia kak..” soal netizen berkenaan.

Selaku pengurus, isteri Lan Solo menjawab soalan tersebut dan tidak menafikan perkara tersebut seakan normal dan asam garam dalam industri hiburan.

“Saya rasa bab ni boleh dikatakan semua anak seni pernah rasa kot. Tak kisah la sehebat mana pun pengurus dia.. kalau benda nak jadi, tetap jadi.

“Macam Lan Solo, sampai sekarang masih ada payment yang tak dapat dan pernah juga dahulukan duit sendiri bayar kawan-kawan band. Kalau tak silap masa tahun 2011.

“Masa tu show sekali dengan ramai-ramai artis dekat Kuantan. Balance payment dia memang cakap bagai pakai cek, so semua artis happy la kan.

“Masa sound check dah dapat cek balance. Esoknya pergi la bank in cek tu. Sekali bank call bagi tahu cek tu cek tendang! Kome rasa?,” katanya.

Lebih parah adalah inidividu tersebut sehingga kini melarikan diri dan tidak memberi pembayaran tersebut semenjak kejadian yang berlaku pada tahun 2011 itu.

“Call dan WhatsApp person in charge tu sampai sekarang ghaib. Lepastu memang tak nak ambik payment by cek, money order ke.. tak ada cash or transfer, kita tak bagi artis kita on stage.

“Progam TV or radio lain kisahnya sebab memang dah tahu payment menerusi kontrak. Selepas daripada tempoh kontrak itu, kalau tak dapat baru kita akan tanya, follow up,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jun 2024

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke 7 Diusia 65 Tahun

Wah, Tahniah Datuk dan isteri😍

Trending Sun, 3 Feb 2019

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Makin Membimbangkan, Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Featured Wed, 4 Feb 2026

Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas video hadir ke sesi penggambaran bagi sebuah produk hijab tular.

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Wed, 18 Dec 2024

[VIDEO] Sentiasa Positif, Sky Iskandar Pegang Konsep 325, Rakan Baik Dedah Amal Solat Tahajjud

Rupa-rupanya Sky hampir tidak mendapat tawaran berlakon dalam Filem Kahar: Kapla High Council

Featured Thu, 8 Sep 2022

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Tula netizen tahu kecam je, usaha orang mana nampak!! Semangat ya kak Ifa untuk konsert minggu ni

Hiburan Thu, 25 May 2023
error: Content is protected !!