Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi April 7, 2023 @ 3:41pm

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Bergelar seorang pelakon berkaliber tidak menghalang aktres jelita, Emma Maembong untuk berhasrat mempunyai keluarga yang besar.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Emma berkongsi pengajaran yang telah dipelajarinya daripada kehamilan anak pertama, Shariq Gabriel.

Beli Barang Keperluan Bayi… Emma Akui Boros

Perasaan menjadi ibu buat pertama kali semestinya  penuh dengan rasa teruja! Kalau boleh semua keperluan yang terbaik untuk anak sulung kita akan dibeli… begitu juga dengan Emma!

“Masa first pregnancy saya terlalu boros. Saya beli benda yang tak sepatutnya. Contohnya tempat buang pampers automatik buka sendiri and tutup, konon-konon nak jaga hygiene.

“Lepastu beli lampu biru nak scan tengok bacteria, beli katil baby.. ended up anak tidur dengan kita.

“Jadi benda tu semua tak guna dan sangat membazir. Jadi saya tak nak boros lagi,” katanya.

Lebih Aktif, Emma Enjoy Lalui Kehamilan Kedua!

Baru-baru ini, Emma ada membuat majlis gender reveal dan bakal menimang cahaya mata kedua lelaki!

Kata Emma, dia sangat enjoy melalui momen hamil anak kedua ini, malah lebih aktif!

“First pregancy saya banyak complain. Untuk kehamilan kedua ni saya enjoy dan tak ada banyak complain.

“Saya lebih aktif bekerja dan kuat berjalan sampai orang lain yang suruh saya bertenang,” ujarnya.

Persiapan Anak Kedua? ‘Santai Je’ Kata Emma

Benarlah kata orang, sebuah pengalaman waima dalam apa jua hal sekalipun amat mendewasakan.

Buat aktres jelita Ajari Playboy Itu dia tidak membeli sebarang keperluan bayi.

“For this pregnancy, saya tak keluarkan apa-apa pun untuk diri sendiri dan baby. Tak beli apa-apa pun. Cuma nanti apa yang saya tahu Grab je la barang-barang keperluan baby.

“Pregnancy kedua ni memang saya tak boros sebab lagipun ramai yang beri hadiah untuk baby. “

“Alhamdulillah, memang rezeki anak. Dia belum keluar lagi dah ada pampers, stroller.

“Saya cakap dengan suami, ‘jangan beli apa apa nanti kalau i dah reveal i pregnant mesti i dapat banyak hadiah’ sekali betul…,” ujarnya.

Untung baby Emma ramai bagi hadiah!

Tips Perkahwinan, Paling Utama Jaga Suami! ‘Bahaya’ katanya…

Pejam celik kini banyak kes rumah tangga selebriti sedang bergolak menjadikan Emma lebih berhati-hati dan mengutamakan untuk menjaga suami tercintanya, Shazli.

“Pregnancy kedua ni membuatkan saya lagi belajar menghargai rumah tangga. Pandai bahagikan masa.. Tak boros.

“Jaga anak, paling penting jaga suami. Kena jaga suami sekarang… bahaya!,” katanya bergurau.

Elak Rasa Mengidam… Emma Jarang Layari Media Sosial

Ragam ibu mengandung ini berbeza-beza! Setengah para ibu mengidam makanan atau membuat perkara luar biasa seperti teringin bau simen…

Lain pula bagi Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengehadkan diri daripada melayari media sosial..

“So far tiada mengidam tapi untuk saya jangan buka media sosial. Itu buat saya mengidam.

“Macam haritu saya nak sangat mangga asam dekat Alor Setar.  Nasib baik ada yang kirimkan asam tu. Tapi kalau tak buka tu macam biasa je. Dia bila bukak media sosial je semua benda nak,” katanya.

Sekadar info, Emma berkahwin bersama Muhammad Shazli Azhar pada 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Shariq Gabriel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗

Featured Wed, 8 Jan 2025
Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Buka Puasa at with a Variety of the Best Malaysian Cuisines All in One Place

You won’t have to travel far and wide just to find all your favourites.

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Ariana Rose Is Back” – Penampilan Berhijab Fathia Latiff Raih Pujian

Penampilan pelakon, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian.

Events Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Tue, 15 Apr 2025

[VIDEO] Majlis Bersiram Erissa Puteri Penuh Emosi, Momen Bersama Ibu Bapa Buat Ramai Sebak – “Lepas Ni Dah Bertukar Tanggungjawab”

Bapa Erissa Puteri gagal tahan air mata, berat hati nak lepaskan anak kepada bakal suami

Trending Tue, 3 Oct 2023

Netizen Salah Tempat Mengadu, Admin TV9 Respons Rintihan Mereka

Tak salah nak mengadu tapi jangan salah tempat hehehe

error: Content is protected !!