Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 8, 2023 @ 1:23pm

Mierul Aiman Enggan Dikenali Kerana ‘Jawline’

Pelakon Mierul Aiman meluahkan dirinya enggan dikenali hanya kerana ‘jawline’ semata dan tidak mahu mengambil kesempatan atas kelebihannya itu.

Mengakui sedar bahawa namanya kini semakin meningkat naik, Mierul lebih suka sekiranya dirinya dikenali disebabkan bakat dan hasil kerjanya.

“Saya langsung tidak pernah terfikir rahang ini akan menjadi perhatian sehingga menjadi kelebihan buat saya. Sehinggakan ke mana-mana sahaja pergi, pasti ada yang akan memberikan perhatian.

“Namun, saya enggan dikenali kerana rahang, sebaliknya ikhlas dalam bekerja dan mahu peminat mengenali saya disebabkan hasil kerja.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada, saya tidak mahu bila nama tidak lagi dikenali barulah hendak menyesal kerana tidak hargai peluang dan kecintaan yang diberikan peminat,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, penglibatannya menerusi sebuah drama bersiri dari stesen televisyen berbayar baru-baru ini membuatkan dirinya meraih lebih ramai peminat.

“Daripada hanya mempunyai sekitar 7,000 pengikut di Instagram (IG) angka berkenaan melonjak kepada lebih 100,000.

“Memang saya terkejut dan menghargai sokongan serta kasih sayang peminat.

“Setiap hari bila buka IG, banyak mesej langsung (DM) yang diterima, tetapi saya tidak rimas, sebaliknya sangat menghargai mereka,” katanya

Menurut Mierul, dia juga ingin menikmati zaman kebangkitannya ini kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Malah, dia sangat bersyukur apabila dirinya meletakkan diletakkan di satu tempat yang sangat menarik oleh Sang Pencipta.

“Saya hanya ingin nikmati momen ini dan buat kerja dengan ikhlas. Ini kerana saya tidak mahu menyesal pada kemudian hari.

“Saya tidak mahu bila sudah tidak dikenali baru menyesal kenapa tidak hargai peminat dan tak memberikan hasil kerja yang terbaik,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jan 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pasangan Jarak Jauh Mulai Esok

Alhamdulillah buat pasangan jarak jauh yang dah lama menanti untuk bersama..

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Hawa Rizwana tak mahu jelita dengan menggunakan jalan pintas.

Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Puteri Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Nabila Huda Beraya Tanpa Anak

Netizen jangan tanya mana Keisha pergi tahun ni ok?

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《玩转全家福》齐集香港演员!北上南下跑宣传

《玩转全家福》齐集香港演员!1月26日至29日北上南下跑宣传,与大马的观众们拜个早年!

error: Content is protected !!