Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 11, 2023 @ 12:15pm

Ingat Sakit Jantung, Rupanya Zizan Razak Pernah Alami Anxiety Disorder – “Kita Bukan Makin Muda… Kena Rehat”

Pelawak dan pengacara Zizan Razak tampil berkongsi pengalamannya mengalami Anxiety Disorder selepas bergelar anak seni dalam industri hiburan tanah air.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Zizan kepada Amelia Henderson yang mengendalikan sesi podcast, Studio Sembang, baru-baru ini.

Menurut Zizan, perkara itu telah dialaminya ketika namanya mula meningkat naik beberapa tahun dahulu dek kerana tidak mempunyai masa rehat yang cukup.

“Sebenarnya banyak benda yang saya tertinggal, banyak takda masa dengan keluarga. Paling tak bestnya ialah kesihatan, saya pernah beberapa kali pergi hospital untuk check.

“Saya takut jantung, kadang-kadang berdebar-debar. Tidur pun berdebar-debar. Rupanya saya dikesan ada Anxiety Disorder,” katanya.

Sempat membuat lawak tentang perihal itu bagi tidak menegangkan suasana, namun Zizan menyatakan dirinya kerap berasa takut tanpa sebab sebelum ini.

“Saya tak tahu nak rasa kelakar ke tak sebab dia rasa takut yang tak dipanggil. Memang menyakitkan tau buat apa-apa takut. Itu hari yang kita takut, kalau sedih sedih sangat. Menangis je. Doktor kata saya tak cukup rehat.

“Gaji masuk kita tak tahu nak appreciate macam mana. Pergi bercuti tak tahu nak bercuti.

“Setiap kali bergambar dengan peminat dahi saya berpeluh je, saya ingat jantung tapi semua normal. Kemudian doktor minta saya pergi check mental.

“Lepas tu saya back off. Then saya cakap kat manager saya tiap kali lepas kerja kena cuti, saya kena berehat. Kita bukan makin muda, kita makin tua. Nak tak nak kena rehat. Benda tu sangat penting,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelawak itu juga sempat menitip pesanan kepada Amelia untuk berehat secukupnya dan memuji kejayaan program Studio Sembang yang dikendalinya.

“Kalau kita beribadah sampai mengganggu jiran kita, tak bagus juga. Sama juga dengan kerja, kalau kerja sampai memudaratkan diri pun tidak bagus juga.

“Try to manage untuk buat kerja sikit tapi untuk besar. Kita cuba sebab Allah janji rezeki tu ada kan.

“Awak lebih tahu kekuatan awak. Back off tu bukan keluar terus dari industri. Kadang less is more tu pun berbaloi. Macam Studio Sembang ni saya pun jadi tertengok. Teruskan jangan berhenti,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

《李宗伟》创大马电影中国上映记录 8000家戏院上映

电影《李宗伟:败者为王》确定9月7日登中国,在当地8000家戏院上映,创大马电影中国上映纪录!

Trending Mon, 20 Aug 2018

Eksklusif: Melamar Melalui Coretan Puisi, Raja Ilya Kahwin November 2019

Sikap merendah diri, penyayang dan ambil berat yang dimiliki TWG, berjaya menambat hati Ilya.

Trending Hari Ini Tue, 7 Jul 2020

YDP Agong Jadi Responden Pertama Banci 2020

Sama sama kita doakan kejayaan Banci 2020 kali ini!

Trending Fri, 8 May 2020
Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan […]

error: Content is protected !!