Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 11:40am

“Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

Berlaku perjumpaan antara pihak Syamsul, 39, dan Sarah, 38, malam semalam bagi membincangkan perkara terbabit.

“Pada hari ini ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini. Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.

“Tetapi sebelum ia berlaku, kami maklumkan kepada Hakim, kedua-dua pihak telah berjumpa sesama sendiri malam semalam dan telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

“Jadi kami baru mendapat terma pada pagi tadi dan terus membuat draf perjanjian. Lalu kami telah menyerahkan sesalinan draf perjanjian itu kepada kepada pihak peguam pihak sana untuk disemak, tertakluk kepada persetujuan pihak sana,” katanya kepada XTRA.

Ketika ditanya adalah jalan yang diambil menjadi petanda Syamsul bersetuju berpisah cara baik, Azmi mengiyakan perkara terbabit.

“Insya-Allah, begitulah ceritanya dengan perjanjian tersebut. Perjanjian penyelesaian perceraian yang merangkumi hak-hak isteri selepas cerai, hadanah, nafkah anak dan juga global, kes-kes lain seperti kes nusyuz, tunggu minggu hadapan,” katanya.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Thu, 11 Dec 2025

Tur SAMA SAMA Hidupkan Idea Live Arena Dengan 2,500 Penonton

Pertunjukan muzik Tur SAMA SAMA yang menghimpunkan lima artis popular Indonesia Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf telah mencuri perhatian seramai 2,500 penonton di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 […]

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Suami Miera Leyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

Suami Miera Leyana didakwa muflis dan tak boleh keluar negara

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Pulangkan Telefon Saya’- Yuna

Semoga Dipermudahkan Yuna!

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad beranikan diri umum hamil!

Mia turut memaklumkan pada mulanya agak takut membuat pengumuman gara-gara pernah keguguran sebelum ini.

Featured Fri, 14 Apr 2023
error: Content is protected !!