Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 14, 2023 @ 3:11pm

7 Tahun Belum Dikurniakan Zuriat, Nabila Huda Akui Suami Penguat Semangat -“Saya Memang Nak, Tapi Semuanya Soal Rezeki”

aPelakon versatile Nabila Huda, 38, mengaku sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua selepas anak perempuannya, Keisha Laila, 13, hasil perkahwinan pertamanya dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata, dia sudah bersedia pada bila-bila masa untuk mempunyai anak kedua.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd Izwan Johar sudah cuba pelbagai cara namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka apatah lagi suaminya itu antara individu yang sentiasa positif dan menjadi penguat semangat untuk dirinya.

“Anytime, saya memang nak ada second baby of course, tapi cuma tak ada rezeki, dah cuba tapi tak dapat.

“Tapi macam my husband cakap, kenapa awak nak bersedih kerana benda ni? Ada ke tak ada saya tetap sayang awak juga.

“Tapi sebagai wanita of course saya ada rasa tak best. Sebab dia dah lah bujang kahwin dengan i dah lah 7 tahun  tapi tak ada zuriat lagi.

“Tapi dia okay, malah dia yang larang saya untuk stress dan fikir sangat pasal benda tu. just enjoy je. Kenapa kita nak paksa-paksa sedangkan rezeki itu daripada Allah,” katanya.

Nabila Huda berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather yang diadakan di Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abil memaklumkan pernah terfikir untuk melakukan proses rawatan In vitro fertilisation (IVF) bagaimanapun telah dihalang oleh suaminya.

“Saya pernah cakap jat husband supaya kami  ambik IVF, tapi dia kata no need. Kenapa nak paksa-paksa itu macam awak paksa dan buat-buat benda tu. Sebab benda tu (baby) Dia tahulah bila dia nak merancang nak kasi you whenever bila awak nak ada anak satu hari nanti. Trust me!

“Suami saya kata, satu hari nanti mesti ada, kita berdoa je dan masa tu saya cakap, okaylah! So saya dah tak fikirlah… I just go with the flow je,” jelasnya.

Meskipun usia perkahwinan sudah menginjak  7 tahun, namun teraju utama drama terbaharu Alter-natif yang bakal disiarkan di saluran Viu ini memaklumkan, dia tidak pernah berasa bersalah dengan keadaan ini, sebaliknya cuba menerima dengan positif takdir dan ketentuan Tuhan.

“Tak, saya tak rasa bersalah, sebab saya tak perlu pun ada perasaan tu. Nanti benda-benda macam tu buat kita jadi negatif dan kita akan down. Dan bila down nanti kita akan jadi macam nak buat kerja apa pun tak jadi.

“Lagi-lagi bila kita semakin berumur. Lagilah benda kecik tu buat kita down lagi so sekarang just go with the flow. I take it as Allah nak kasi more time untuk honeymoon dan spent time with keisha or maybe dia tunggu untuk kita stabil bersama. 

“Maybe Allah tahu, kalau sekarang  mungkin saya tengah bekerja, dan husband tengah cari duit lagi kan? Takut bila dah ada (baby)  banyak benda pula yang akan jadi…Jadi saya  percaya pada perancangan Allah dan saya reda,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Apr 2018

Top5素颜也很正的日本女星「国民老婆」新垣结衣只排第2

日本化妆品公司近日做了一项调查,列出了网友认为「素颜也很正的女星排名」,其中「国民老婆」新垣结衣竟然只能屈居第二,到底第一名是拥有怎样的盛世美颜呢?

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Fouziah Gous mahu fokus buat kebaikan untuk jadi contoh buat anaknya.

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

Drama Fri, 16 Oct 2020
Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

Featured Mon, 28 Apr 2025

“Sebab Tu Jangan Bagi Perempuan Meroyan”- Rita Rudaini

Kata Rita, normal bagi seorang perempuan untuk meluahkan ketidakpuasan hati terutamanya ketika berasa marah.

error: Content is protected !!