Trending By: Fatin Nurain April 11, 2023 @ 11:24am

Dai Syed Syukur Nama Sudah Dibersihkan Selepas 3 Tahun Berjuang – “Tepat 19 Ramadan, Saya Dilepaskan & Dibebaskan”

Pendakwah selebriti Dai Syed meluahkan rasa syukurnya selepas dirinya dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Syed menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Syed turut menyifatkan ia merupakan titik terendah dalam hidupnya sewaktu berada dalam tahanan.

“Alhamdulillah Ya Allah. Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah & keluarga saya. Harini tepat 19 Ramadhan , saya dilepaskan & dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

‘Saya kongsikan moment titik terendah saya ketika dalam tahanan dan video call bersama mama. Benarlah ‘Air hujan yang jernih turun dari awan yang gelap’,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu telah dibuat oleh Hakim Rihaida Rafie selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed di akhir kes pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, pendakwah itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun pada 11 September 2019 di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam.

Malah, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Sumber: Berita Harian, BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 May 2020

[TERKINI] Semua R&R Akan Ditutup Bermula Hari Ini

Namun, boleh berhenti untuk berehat dan ke toilet SAHAJA!

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?