Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 11, 2023 @ 4:13pm

Bakal Bergelar Bapa Dalam Masa Tiga Bulan Lagi, Remy Ishak Dah Ada Nama Anak – “Sebelum Nikah Lagi Memang Dah Ada Nama”

Aktor popular, Remy Ishak mengakui berdebar apabila bakal menimang cahaya mata sulung dalam masa tiga bulan lagi.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, dia dan isteri, Ezza Yusof turut berasa bimbang untuk menyambut kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

“Saya berdebar nak bergelar bapa. Perasaan saya ketika ini bercampur-baur, wujud persoalan ‘boleh ke?’

“Gembira, teruja dan wujud pelbagai persoalan sama ada kami mampu untuk menjadi ibu bapa terbaik.

“Bukan tidak yakin dengan diri sendiri tetapi lebih kepada bimbang untuk membesarkan anak pada zaman yang penuh cabaran seperti hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Remy turut meminta nasihat dan bertanya kepada orang sekeliling bagi menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya banyak memerhati dan bertanya dengan mereka yang berpengalaman tetapi dalam masa sama belajar untuk merasai sendiri pengalaman ini.

“Setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik anak,” kongsi Remy.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021

Ditanya mengenai jantina dan nama bakal anak sulungnya itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu memaklumkan dia dan isteri belum mengetahui lagi jantina namun nama sudah pun ada.

“Setakat ini saya dan isteri belum tahu lagi jantina anak, mungkin selepas pemeriksaan nanti. Saya tidak kisah pun jantina, sudah cukup bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

“Selain itu, isteri pun tidaklah alami alahan atau mengidam yang teruk cuma dia terlebih sensitif,

“Tentang nama anak, sebenarnya sebelum nikah lagi memang saya sudah ada nama yang diinginkan.

“Saya mahu nama anak ada bunyi kemelayuan. Jika ada nama dalam bahasa Melayu dan memiliki makna yang baik, apa salahnya untuk guna nama itu,” dedahnya.

Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 dalam sebuah majlis sederhana selepas lapan tahun menjalin cinta.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Tue, 1 Nov 2022

“Kalau Arwah Siti Sarah Ada, Dia Lagi Sweet…” – Netizen Sebak Tengok Shuib ‘Suap Diri Sendiri’

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu, memuat naik satu video yang memaparkan rakannya, Ajak Shiro sedang bermesra dengan isteri, Nur Afifah Amin. Menerusi perkongsian tersebut, Ajak menyuap makan kepada Afifah yang berada di sebelah, manakala Shuib […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Isteri Justin Bieber Hamil Anak Pertama?

Wait OMG is that a…APRIL FOOLS!

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Hiburan Tue, 19 May 2026
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Shooting Sampai 3 Pagi, Mana Larat Nak Berbual” – Julia Farhana Buka Mulut Isu Dituduh Sombong

Julia Farhana mahu pelakon baharu menduduhnya sombong tampil bersemuka

Trending Thu, 24 May 2018

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

error: Content is protected !!