Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 13, 2023 @ 7:12am

Netizen Sindir Baju Melayu RM1,499 Mahal Tapi Cepat Sold Out, Ini Penjelasan Rizman Ruzaini

Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu rekaan mereka yang mencecah harga RM1,499.

Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.

Dedah mereka, baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

“Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.

“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.

Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.

Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.

“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.

“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.

“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.

Rizman dan Ruzaini ditemui ketika pelancaran pop up store Rizman Ruzaini di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu.

Pop up store terbabit akan beroperasi selama sebulan hingga pertengahan sambutan Aidilfitri nanti.

“Syukur Alhamdulillah, pop up store kami mendapat sambutan yang sangat positif. Ramai pelanggan datang membeli di sini kerana ia memudahkan mereka membeli belah.

“Selain di Central i-City Shah Alam, jenama kami juga membuka pop up store sempena sambutan Syawal di Fahrenheit88, Bukit Bintang dan Komtar JBCC, Johor Bahru,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Aug 2023
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Ernie Zakri Bangkit, ‘Aura’ Bakal Cipta Magis Sebagai Simbol Kekuatan Wanita

Ernie Zakri paparkan women empowerment di persembahan Aura AJL39

Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

Featured Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Thu, 20 Apr 2023

Atu Zero & Danial Zaini Tampil Dengan Lagu ‘Jom Beraya’

Wahhh ada lagu baru daripada Atu & Danial

Trending Wed, 24 Oct 2018

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah, Majlis Perbandaran Kuantan Beri Amaran

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Wed, 24 Apr 2024
error: Content is protected !!