Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 13, 2023 @ 4:27pm

Pamungkas Kembali Temui Peminat Di Malaysia Mei Ini

Setelah kehadirannya ke Malaysia pada September tahun lalu menjadi igauan, kini Pamungkas kembali untuk mengadakan konsert yang berjudul Nusa Fest Presents Pamungkas pada 4 Mei 2023.

Apa yang lebih menarik, kemunculan Pamungkas pada kali ini merupakan sebagai artis pertama dalam siri Nusa Fest iaitu sebuah festival yang akan menghimpunkan pelbagai artis dari tiga buah negara.

Menurut penganjur Nusa Fest ini, Shirazdeen Karim, setelas melihat kejayaan Pamungkas pada konsert tahun lalu membuatkan mereka mahu membawa Pamungkas ke lokasi yang lebih ‘intimate’ bersama peminat dan turut digemari oleh setiap pemuzik iaitu di Zepp Kuala lumpur.

“Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik,” ujar Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.

Antara lagu lagu yang bakal dinyanyikan oleh Pamungkas sudah pastinya lagu popular seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis dan banyak lagi.

Peminat juga sudah boleh membuat tempahan tiket di lawan web www.myticket.asia dan mendapatkan informasi terkini, boleh layari laman sosial Shiraz Projects.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Tidak Hadir Pertunangan Anak, Bapa Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut!

Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua ini selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Lepas Artis, Anak Artis Pula Jadi Mangsa Kutukan Netizen

Kasihan..jangan lah kejam sangat sampai anak-anak pun nak kutuk?

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

G-Dragon Accused of Getting Special Treatment but Military Denies Allegations

It’s difficult carrying out your duty when you’re also a famous celebrity.

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Perlu Terkilan Sangat, Itu Hanya Gelaran” – Zila Bakarin Titip Nasihat Buat Uqasha Senrose Isu Dipanggil ‘Janda’

Zila menasihati Uqasha untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada kehidupan dan anaknya. 

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Tips Untuk Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit cantik bukan. Ini perkongsian dari Bella Dally bagaimana beliau menjaga agar kulit kelihatan cantik  1. Tidak pernah tinggalkan rutin penjagaan kulit Bella mengamalkan tiga langkah sebaik bangun dari tidur. Cuci muka, […]

error: Content is protected !!