Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2022 @ 1:25pm

“Maaf! Saya Tak Boleh Cerita, Tunggu 24 November Nanti” – Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Pilih ‘Kunci Mulut’

Susulan bertegas dengan keputusannya untuk meneruskan perbicaraan membabitkan kes pelanggaran kontrak bersama pengarah terkenal, Datuk A Aida, pelakon Amelia Henderson bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Menurut Amelia, dia tidak boleh bercerita dengan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut kerana tidak mahu menjejaskan kes.

 “Maaf saya tak boleh cerita lebih lanjut berkenaan kes saya ketika ini kerana tidak mahu menjejaskan kes. Tapi pada 24 November ini, saya akan memberi kenyataan dengan lebih jelas,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Amelia juga bersyukur kerana sepanjang perbicaraan kes, keluarga sentiasa ada menemaninya.

“Saya bersyukur kerana ahli keluarga tidak putus memberikan sokongan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada barisan peguam, rakan-rakan media serta peminat yang sentiasa mengambil berat,” jelasnya.

Difahamkan, perbicaraan kes akan bersambung semula pada 24 November ini dengan Amelia selaku defendan yang akan memberi keterangan.

Terdahulu, seorang individu dipercayai pengurus produksi syarikat A Aida Production Sdn Bhd memberitahu pihak Mahkamah Sesyen bahawa syarikat milik pengarah terkenal itu mengalami kerugian akibat masalah terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Produksi A Aida Dakwa Syarikat Alami Kerugian, Dedah Tindakan Amelia Henderson Jejas Imej Syarikat

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Keyakinan & Saya Tidak Takut!”- Yakin Tidak Bersalah, Amelia Henderson Mahu Terus Lawan A Aida

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Bermusuh Dengan Dia” – A Aida Ulas Isu Saman Pelakon

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 May 2026

Tiga Legenda Rock Bersatu, Konsert 3 Veto Janji Malam Penuh Nostalgia Untuk Peminat Search, Wings & XPDC

Search, Wings dan XPDC bakal bergabung menerusi Konsert 3 Veto yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos depan.

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Mon, 17 Nov 2025

“Jangan Kembalikan Aku Pada Versi Yang Kau Tak Reda” – Luahan Syasya Rizal Buat Ramai Tersentuh

Syasya Rizal mendedahkan dia memadam satu persatu foto dan video lama yang tidak menutup aurat

Trending Thu, 5 Nov 2020
Hiburan Tue, 9 Oct 2018
Featured Wed, 10 Sep 2025
Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Mon, 10 Apr 2023

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Tak baik kata macam tu… bulan puasa kot ni😤

Trending Sun, 28 May 2023
error: Content is protected !!