Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 17, 2025 @ 12:34pm

“Jangan Kembalikan Aku Pada Versi Yang Kau Tak Reda” – Luahan Syasya Rizal Buat Ramai Tersentuh

Penyanyi, Syasya Rizal sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sebuah hantaran yang berkisar tentang perjalanan penghijrahannya sejak memilih untuk menutup aurat.

Walaupun tidak menyebut nama sendiri dan menggunakan kata ganti ‘dia’, ramai yang terus dapat mendakwa luahan tersebut sebenarnya merujuk kepada dirinya.

Dalam perkongsian itu, Syasya mendedahkan bagaimana normalisasi dosa kecil membuatkan seseorang mudah hanyut.

“‘Alaa… skirt pendek je. Semua orang pakai.’ ‘Menari sikit je, bukan dosa besar.’ ‘Yang penting followers naik, job masuk, duit dapat.’

“Kata-kata itu diulang sampai hatinya jadi kebas. Sampai dia percaya… dosa itu cuma ‘content’,” tulisnya.

Bekas ahli kumpulan Dolla itu turut meluahkan rasa apabila perubahan dirinya membuatkan pandangan orang turut berubah.

“Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi. Tapi lepas dia tutup aurat, pandangan yang sama berubah… macam dia baru buat salah,” katanya.

Syasya berkata, dia sudah terbiasa dengan sindiran dan hilang sokongan, namun semuanya tidak menghentikan langkahnya.

“Yang dulu panggil dia ‘queen’, sekarang gelar dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap. Macam hijrah dia hanya dihargai kalau dia masih ikut standard cantik orang,” tulisnya lagi.

Dalam masa sama, Syasya mendedahkan dia memadam satu persatu foto dan video lama yang tidak menutup aurat.

“Bukan sebab malu orang tengok… tapi malu Allah tengok. Sejak hari itu, doanya cuma satu: ‘Ya Allah, jangan biarkan aku kembali kepada versi yang manusia sayang tapi Engkau tak reda,” katanya.

Perkongsian Syasya itu menerima banyak sokongan daripada peminat yang mendoakannya terus istiqamah.

Terdahulu, Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran rasmi daripada kumpulan Dolla pada 8 April 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Dec 2024

Raysha Rizrose Selamat Timang Bayi Perempuan

Pelakon Raysha Rozrose dan suami selamat timang bayi perempuan.

Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
error: Content is protected !!